Monday, January 21, 2013

Makan Malam Bersama Tan Sri

Assalamualaikum semua rakan blogger

Tajuk memang nak hebat dan tak nak kalah ! Hahaha. Tapi, itulah kenyataannya. Semalam adalah hari makan sedunia sampaikan aku kekenyangan terlampau. Alhamdulillah.

Macam biasa kalau dah hari Ahad, kalau tak ada kenduri kahwin memang tak sah. Gambar kat majlis memang tak ada sebab bukan kawan aku yang kahwin, tapi kawan encik suami yang kahwin. Tak kuasa aku nak bergambar sangat. Hahaha. Tapikan, OP pengantin siap request ambil gambar kitaorang berdua kat pintu masuk rumah pengantin. Apakah? Gamaknya, seri pengantin masih ada. Perasan !

Habis kenduri, kitaorang pergi rumah mak cik encik suami. Bila dah lepak, makan dan borak, makanya terlajak sampai 6.30 petang. Dan-dan tue encik suami baru nak ingatkan pasal dinner dengan tan sri ! Mana sempat nak gosok baju bagai. Makanya, baju yang tak perlu digosok, dipilih. Terima kasih kepada mak mertuaku yang buat baju ni. Hihi.

Makan malam bersama Tan Sri Dato’ Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, isteri dan beberapa orang lagi staf UiTM bersempena meraikan mereka yang pernah berkhidmat di bawah tan sri.
Apa kena-mengena majlis ni dengan aku dan encik suami? Rahsia ! Kalau budak UiTM Shah Alam mungkin ramai yang kenal beliau ni. Secara peribadi, sepanjang makan malam bersama beliau, aku tengok beliau seorang yang sangat merendah diri. Begitu juga isteri beliau. Masa mula-mula sampai, aku rasa takut dan menggigil juga sebab tak ramai dalam majlis tu. Tambah pula, aku paling muda kat situ. Err, apa yang aku mampu buat adalah SENYAP, SENYUM dan MAKAN. Hahaha.

Menu malam itu dah macam menu candle light dinner aku honeymoon. Blurpp, kenyang yang teramat. Tak dan nak snap pic makanan. Kau gila nak ambil gambar makanan depan tan sri ??? Gambar yang ada ni pun ada sebab tan sri yang mula dulu ambil gambar. Bila beliau dan mula ambil gambar, kami pun masing-masing ambillah gambar juga. Hahahaha.

Tan Sri dan isteri beliau

Senarai menu makan malam. Memang sedap !

Kami dan makanan


Yang dirai

Kami berlapan yang sudah kenyang


Kadang, bila kita berada di bawah, kita lihat diri terlalu kerdil berbanding mereka yang di atas. Namun, bukan semua mereka yang berada di atas suka mendabik dada dan terus merendahkan mereka yang di bawah. Kesimpulannya, manusia yang ini tidak akan sama dengan manusia yang itu walaupun mereka kembar.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

18 comments:

The ShomeL TwinZ said...

sronoknye dpt mkan dgn Tan Sri :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum za, bestnya dinner :)

Nurul Husna said...

Bestnye menu dia.. :)

Mila Ahmad said...

Ala asal gambar mak dgn laki mak jauh...

ziema said...

Dia ni memang low profile sangat pun sebab dia start dari bawah.
Masa wedding korang pun, bila abah tanya siapa, dia cakap staff uitm je which he never told his title :)

Amboi siap menggigil nak makan dengan Tan Sri kauuu ahaha :p

ziema said...
This comment has been removed by the author.
jeBateja said...

pehhhh...makan dgn tan sri...kawe setahun sekali jerk makan dengan tan sri...Tan Sri Samsuddin...tokeh kilang den...ahakz

RedRose said...

oh wow! you're very lucky to be able having dinner with them. ^__^

cha said...

wah bestnya. best kan kalau dorg ni humble je. i pn ada pengalaman keje dgn dato tan sri tp i tak suka sgt sbb nak kene jaga protokol sume haha. makan pun ada protokol haish malas betul

::EIDA:: said...

Curlassss makan dengan TanSri!! Ade ape ni? huhuhu

MaMa Rey said...

itulah dikatakan ikut resmi padi..

janji kenyang ye..hehehe

Tukang Karut said...

untung la... dapat makan besar...

Nory Zoulkefle said...

wahhh kelass ko ,makk...

hensem jgak eh Tan sri ni...hehe

boni kacak said...

tengok muka pun dah tau humble orangnya.hehehe

Ayie Abas said...

salam izfanora :)

memang terkenal Tan Sri Dato’ Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin tu..tokoh pendidikan negara kan? pernah juga memegang jawatan ketua pengarah pendidikan malaysia...seingat ayie :)

wlu dah berusia masih segak kan dia...:D

nuyui a.k.a miss YUI said...

org hebat tu kan..hihi.

Mrs Velentine said...

bestnya..bukan semua org dapat peluang mcm ni

Haryati Faizal said...

beshnye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...