Wednesday, January 2, 2013

Malam Berinai

Assalamualaikum semua rakan blogger

Tahun baru masihi sudah menjelmakan dirinya. Tapi cerita bab kahwin aku masih belum habis juga. Kemalasan tahap dewa telah bermaharajalela. Tak apa, aku gagahkah juga tangan menaip entry seterusnya. Gittew !

Bertunang sudah, bernikah pun sudah. Makanya, malam pun menjelmakan dirinya. Betapa rushnya diri aku menukar baju segala pada hari 29 Jun 2012, Jumaat itu. Kronologinya, jam 4 petang aku bertunang, 6 petang aku bernikah dan disambung pula acara malam, berinai. Gamaknya berinai ni majlis pakai-pakai inai segala, tapi nan hado. Dalam family aku, malam berinai ni sama sahaja situasinya macam hari kenduri bersanding. Maksudnya, siapa yang tak boleh datang masa hari persandingan, datanglah pada waktu malam itu. Ramai gila memang tak hengat. Dari lepas maghrib sampai ke lewat malam, kunjungan tak putus-putus. Ramai juga kawan-kawan aku yang datang malam itu sebab keesokkannya, hari Sabtu masa aku bersanding, dorang kerja.

Usai sesi bergambar untuk majlis pernikahan bersama Creeperz Photocraft Studio, aku bergegas mandi segala untuk menukar persalinan malam. Tengah aku bersiap, dari dalam bilik aku dengar bising gila kat luar rumah. Okay, redha sahaja sebab pak cik aku sponsor tarian kuda kepang. Entah apa-apa. Aku tak berapa nak setuju mula-mula, tapi bila fikir balik apa abah aku cakap, aku rela. Tapi, bila semua dah berlangsung, dengan abah aku pun naik angin. Katanya tarian biasa, tapi dah luar biasa.


Kebetulan, untuk ke pelamin di luar rumah, kena lalu dekat tempat persembahan ni. Aku memang tak tengok lah sebab takut tak tidur malam. Hola, malam itu encik suami belum tidur kat rumah aku lagi. = . ='


Malam tu, aku pakai baju jawa sebab nak kekalkan tradisi perkahwinan dalam adik-beradik aku. Masa malam berinai kakak dan abang aku, dorang pun pakai juga baju jawa. Maka, aku pun pakai juga. Hahaha.


Bagi aku, aku suka sangat baju ni sebab selesa untuk aku pakai. Just benda-benda kat kepala tue je yang macam banyak gila. Tak apa, lagipun malam. So aku meriahkan suasana. Hahaha.

Dalam pukul 10, aku tukar lagi satu baju. Baju songket tradisional. Tetiba aku feeling gadis melayu gitu. Ntah kenapa, pakaian yang aku pilih semuanya ke arah budaya lama. Jiwa kampung sungguh aku ni.


Lewat malam, ada satu lagi baju yang aku tukar. Tapi, aku tak berkenan sangat-sangat. Aku memula tak nak tukar dah, tapi mengenangkan mak andam tunggu, tukarlah sekejap. Disebabkan aku tak berkenan, aku pun tak naklah share gambar. Hahaha.

Maka, habislah cerita malam berinai aku. Lewat malam, encik suami pulang ke rumahnya semula menunggu hari persandingan esok di rumah aku. Serius aku nak bagitahu, aku tak kena simptom tak boleh tidur or kerungsingan melampau untuk melalui hari bersejarah aku ni. So, aku tak ada masalah muka lesu. Hahaha. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

Pakaian, solekan dan pelamin : Abang Amir (tak ada link, tak payah tekan-tekan)



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

24 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. comelnya awak pakai baju untuk malam berinai tu. hehe. nape satu outfit tanak publish kat sini? hihi. anyway awak comel sangat pakai baju songket tu!

Mila Ahmad said...

mak banyaknya baju persalinan ko aku satu baju je pun dah letih sgt macam nak pengsan tau -.='

Maryam said...

Salam...kamu comel...seronok saya baca kamu..tahniah dan selamat pengantin baru..saya follow sini..=)

Azura said...

cantik la dua2 baju tu... like!!

محمد رازيق said...

wah syoknya. hehe. bilalah nak rasa time tu. kita ni belum lagi bertemu jodoh.hehe

the malay male said...

org jawa rupanya :-)

CikNaa said...

rindu la pulak time kawen kawen dlu :)

cha said...

kenapa dgn tarian kuda kepang tu u? penari dia naik hantu ke? huhu

Nory Zoulkefle said...

eee, mane gambar persalinan last tu...nak tengok jugakkk...=)

ELeEa said...

santik.... =)

Rara Nasiha said...

baru mencari baju yang kurang berkenan tu. kot-kot nak tengok apa yang tak okaynya kan. tapi tak share pulak. hihi

DiilaNordin said...

wah meriah giler majlis awk. best2.

siap ada tarian kuda kepang.
kenapa jadi tarian luar biasa plak?

::EIDA:: said...

Cantikknye.. so perempuan melayu terakhir gitu~~

Zul Fattah said...

La.. dah kahwin? Alhamdulillah, smoga berkekalan berbahagia dan kekal ke akhir hayat..

maaf r, lama x mai sini. sibuk skit!!

me shuhada said...

Salam iza. Huhu teringinnya nk tgk tarian kuda kepang tu. Tp katanya boleh jd melarat ye?

Sy kawin dgn org jawa juge :-) tp diorang tak buat adat2 semua jd kawin mcm biasa je la

Tukang Karut said...

fuyoooo... ada kuda kepang...

H Y D E said...

wah. ada kuda kepang segala. cantiknya!

kat mana ni?

miza yusof said...

cantiknya pakaian akak untuk malam berinai :) nampak klasik dan tradisional gitu :)

Noor Hazirah said...

teringin sebenarnya kawen pakai baju macam2x. tapi sebab malas nak tkr.. kekangan masa. penat sangat. takde orang nk tolong sbb saya ank sulong, so kena la sacrifice 1 baju je. :(

Mizz ErMa said...

hehe, cantiklah persalinan yang kedua tu..yang 1st pulak, ok jgk..hehe tp tang mlm sblum bersanding tu, wah..mmg respek gila lah akak xde masalah nk tido, sy xboleh nk tido lgsung..xtau la nape, exited lebih kot..hihihi

boni kacak said...

wah..bestnya.. siap ada tarian kuda kepang lagi tu. terbaik.. sangat-sangat unik..

masih sempat tak nak wish?? semoga berbahagia hinggalah ke akhir hayat..amin...

Hayati A.G said...

wah meriah seantero malam berinai..siap ada kuda kepang lagi..hehe..btw, izfa nmpak cantik pakai baju tradisi tu.
semoga berbahagia hingga ke syurga..:-)

Masya said...

meriahnya... siap ada kuda kepang ke.. hapa.. tu... muka awak pun lain..

Mimie said...

xbrni tgk tarian kuda kepang...takut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...