Friday, January 11, 2013

Selamat Hari Lahir Abang

Assalamualaikum semua rakan blogger

Stop kejap cerita pasal majlis kahwin aku yang tak habis-habis tu. Kekeringan idea gamaknya. Sebelum berkobar nak cerita pasal majlis bertandang, ni nak berkobar cerita perihal suami yang telah bertambah usia. Dah tua rupanya encik suami ni. =P

Bagi aku, bukan senang nak sambut birthday boy ni sebabnya ini adalah pertama kali dalam hidup aku sambut birthday dia. Hari-hari aku fikir, sampailah bila masa yang dinanti tiba, encik suami buat hal. Rasa geram je, tapi dah dia nak demam, nak buat macam mana. Boleh pula dia MC dua hari ! Memang tak lah aku nak keluar membeli hadiah disebabkan dia ada kat rumah. = . ='

Akhirnya, dengan bantuan abah angkat beliau, dapatlah juga surprisekan dia dengan family gathering di Restoren Sri Pinang, Seksyen 15, Shah Alam. Hampir terkantoi, tapi nampaknya aku masih lagi bijak mengawal keadaan. Terima kasih kat family in law yang tak bocorkan rahsia. Hihi. 


 tulang belakang yang menjayakan misi

Beberapa minit menunggu, menu utama pun datang. Dengan jumlah pemangsa seramai lebih kurang 20 orang (combination of 2 family), semua ini mampu dibantai. Hahaha.





Heaven rasa bila tengok kedua-dua mak abah aku berborak-borak. Sejak dari majlis kenduri kahwin ritu, memang dorang tak ada peluang berjumpa. Kebetulan pula, tempoh hari masa abah aku masuk IJN, keluarga mertua tak sempat nak datang menjenguk. Makanya, idea menyatukan dua family di majlis hari lahir encik suami adalah idea yang paling bagus.




Lepas makan menu utama dan juga pencuci mulut, masing-masing layan diri. Dengan henpon dan berborak sesama sendiri. Aku ? Layan anak buah saja lah sebab abang dan kakak ipar aku biarkan anak dorang berkeliaran. Hahaha.


Kemuncak acara, apabila tiba-tiba lagu selamat hari jadi dinyanyikan. Encik suami bagitahu, ini adalah the best ever majlis sambutan hari lahir yang dia pernah sambut. Sebab dapat gabungkan keluarga dan dibuat tanpa pengetahuan dia. Susah betul nak surprisekan dia. Dan alhamdulillah, ia berhasil. :)




Selamat Hari Lahir Suamiku. Semoga engkau sentiasa berada di bawah lindunga-Nya, sihat selalu dan diberkati perjalanan hidupmu. Aku bersyukur mempunyai suami seperti kamu yang ikhlas menyayangi aku. Semoga, dengan pertambahan usiamu, engkau semakin matang menjadi nakhoda bahtera perkahwinan kita. Amin.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

17 comments:

Masya said...

selamat hari lahir buat suami awak.. moga dipanjangkan umur dan bahagia bersama hendaknya..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. selamat hari lahir buat suami awak. semoga kalian bahagia dunia dan akhirat. heee. bestnya jumpa family anda family in law kan.

Amin A. R said...

Happy birthday untuk encik suami :)

Amin A. R said...

Happy birthday untuk encik suami :)

Tukang Karut said...

meriahnya makanan...

cik violet said...

happy birthday!

semoga akk and En husband sentiasa bahagia and cepat2 nak tgk baby. hehe

Ayie Abas said...

salam izfanora :)

sejuk jer mata dan hati ayie bila tgok pic dan baca entry izfa nih...

semoga rumahtangga terus bahagia hingga ke syurga :)

jeBateja said...

Selamat HAri Lahir Encik Suami....jaga kawan blog saya ni baik2 taw....ahakz....ahakz....

kak nora said...

Alhamdulillah...selamat hari jadi utk en suami nyer yer..

Nory Zoulkefle said...

wahhhh....berjaya jugak seperaiiss utk besday boy tu kan...terliur tgk indulgence coklatt tu...yummy..

::EIDA:: said...

Akhirnya.. berjaya jugak kan za.. ;)

##Semoga perkahwinan korang kekal sampaiiii ke anak cucu..

boni kacak said...

wah...bestnya...bilalah agaknya saya dapat merasai detik2 best ni..hari lahir diraikan oleh isteri tercinta :)

~AtiQaH~ said...

sweetnye.... epy bzday kt husband akak....heheee....

Pykaa Pdott said...

happy bufday buat suami sis ea :)

cikpingu said...

seronok la leh wat surprise2....hahaha... hakuu.. nan hadoooo..

Pykaa Pdott said...

meriahnye :)

Hayati A.G said...

ala..baru perasan ada entri ni...
ape2 nice surprise iza..hehe sweet2 plan yg sgt rapi...
selamat hari lahir jugak en nahkoda kapal...;-P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...