Monday, February 18, 2013

Anugerah Allah - Cahaya Mata

Assalamualaikum

Perkahwinan kami alhamdulillah, sudah hampir menjangkau usia 8 bulan. Bagi aku, kami masih hijau dalam mengenali diri masing-masing dan memahami tanggungjawab sebagai suami isteri, ditambah pula masih duduk bersama mak dan abah aku. Kami juga masih digelar pengantin baru bila ke rumah saudara-mara aku sementelah masih belum ada lagi pasangan lain dalam keluarga aku yang berkahwin dalam masa yang terdekat. Kadang, aku sendiri macam tak sedar, masa berlalu terlalu pantas meninggalkan kenangan bergelar raja sehari beberapa bulan yang lalu.

Setiap pasangan pastinya inginkan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka. Namun, hanya Allah sahaja yang tahu bila waktu yang tepat keinginan itu diperkenankan. Aku bukanlah dari golongan yang addicted dengan UPT test, makanya, tidaklah aku terlalu dan selalu membuat ujian itu di rumah. Pernah juga buat, tapi resultnya negatif. Makanya, encik suami pun berkata, "dah tak payah buat ujian lagi lepas ni. Kang kecewa pula". = . ='

Kalau sudah rezeki itu tertulis untuk kita, pastinya ia untuk kita juga. Nak dijadikan cerita, satu hari aku terasa tak sedap badan yang lain macam. Sudah seminggu dua badan sejuk panas, asyik pula mahu ke toilet membuang air. Tak pula aku fikir aku mengandung, melainkan mahu demam. Ah sudah, aku kalau demam, kalau tak seminggu, memang tak sah. Tiba-tiba pula terpandang status seorang sahabat menjual UPT test dan ovulation test secara borong dengan harga murah. Bagi aku, tak salah membeli. Makanya, aku pun borong 5 UPT test dan 2 Ovulation test.

Hari order itu sampai di rumah (23 Januari 2012, Rabu), kira dah petang, aku saja mencuba satu UPT test. Kalau tak dua line naik, makanya aku perlu ke klinik untuk check kesihatan sebab kurang sihat yang berpanjangan. Dan hasil UPT menunjukkan dua line yang samar. Makanya, tidaklah aku bersungguh sangat walaupun dalam hati macam tak percaya sebab selama ni bila buat UPT test, satu line je yang naik. Untuk lebih kepastian kononnya, aku bercadang, esoknya pagi-pagi lepas subuh naklah buat lagi test. Kalau confirm, mesti dua line lagi. Dan esoknya, test lagi, sama juga macam semalam, dua line yang samar.


yang atas kali pertama (waktu petang), yang bawah esoknya (waktu subuh)

Bila tanya kat kawan aku, ada dua kemungkinan bila samar. Dan kadang-kadang false positive yang mana tak mengandung pun. So, aku dan encik suami buat biasa saja. Mungkin sebab aku tak sihat, tu yang UPT double line. Ada kena-mengena ke? Aku terfikir juga, mungkin sebab UPT murah, makanya double line. So, kalau nak confirm, kena beli UPT mahal. Gitu. Hahaha. Tahap imaginasi aku ni kadang-kadang membunuh kepala aku secara senyap. Sila abaikan.

Makanya, kami tak mengambil serius sangat hal tu, dan malam tu kami balik ke rumah mertua aku di KL. Nak dijadikan cerita, malam tu, perut aku tersangatlah sakit, memulas-mulas yang teramat. Nak kata sakit sebab nak membuang, macam tak. Nak kata sakit macam nak datang bulan, pun tak. Sakit yang amat sampai meleleh air mata. Satu malam aku tak boleh tidur. Disebabkan aku dah tak boleh tahan sakit, aku bagitahu encik suami. Kami pun pergilah klinik kat Shah Alam (macam kat KL dah tak ada klinik) untuk check. Kami pergi klinik pada waktu petang sebab pergi lepas encik suami solat jumaat. Sampai klinik, buat urine test, double line yang samar. So, buat scan, tapi kantung baby tak ada. Kes urgent, kena check terus kat hospital. Sebabnya, aku sakit perut. Memula aku terfikir, "selama ni sakit perut tak pula sampai kena pergi hospital. Ni dah kenapa pula?". Then, doktor bagitahu, takut luar rahim. Seriously, masa doktor cakap camtu, aku terus teringat peristiwa makcik aku pengsan masa membeli-belah dan kena buang rahim atau tiup falopio (aku tak berapa ingat sebab masih kecil waktu tu) sebab mengandung luar rahim. Mata aku dah berair tapi aku kuatkan hati. Bagi aku masa tu, biarlah lambat sikit ada anak, daripada jadi benda-benda macam ni. Tapi, Allah perancang terbaik untuk hamba-Nya. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Petang tu juga, terus ke hospital. Sampai sana, buat urine test lagi. Dan hasilnya adalah NEGATIF ! Aku macam lega walaupun ada juga ralat sebab rasa macam, "ye ke aku tak pregnant sedangkan test before ni semua dua line ?", tapi aku reda. Doktor tak terus buat kesimpulan, makanya scan lagi sekali dan rahim aku kosong. Tapi, sekali lagi, disebabkan aku sakit perut, doktor suruh buat ujian darah. Keputusan ujian darah lebih tepat untuk menentukan sama ada aku pregnant atau tak.

Esoknya, aku dapat panggilan dari hospital, dan aku disahkan mengandung. Syukur alhamdulillah. Tapi, ada kegusaran di hati kami suami isteri sebabnya kantung baby tak ada dalam rahim. Aku cuma mampu buat andaian, "mungkin baby baru nak jadi, so, tak nampak lagi. Tak semestinya, habis datang bulan terus melekat !". *kalau blogger lelaki yang baca entry ni, anggaplah ia ilmu untuk anda lebih mengetahui pasal wanita. Makanya, kena buat next appointment untuk check kantung baby. Isnin itu, kami datang lagi ke hospital untuk check up susulan. Kali ni, aku terpaksa lalu scan biasa dan juga vaginal scan untuk tengok kantung baby. Tapi, dua-dua jenis scan ni tak mampu juga nak kesan kat mana kantung berada. Masa ni, aku hanya berharap, baby sangat kecil dan belum mahu menampakkan diri dia lagi. Sekali lagi, aku buat ujian darah untuk tengok sama ada kandungan makin besar atau dah hilang. Nauzubillah. Aku hanya mampu berdoa, semuanya baik-baik saja.

Alhamdulillah, panggilan daripada hospital keesokkan harinya memberi jawapan yang sangat membahagiakan. "Bacaan darah puan semakin tinggi. Daripada 1410 naik sehingga 6000 lebih. Ini menunjukkan baby sihat dan semakin membesar. Tapi, kalau dah naik sampai 10k, still tak nampak kantung, kita suspek puan mengandung luar rahim. Puan kena datang hospital semula untuk check kandungan". Masa ni, aku dah terfikir, selagi aku tak sakit perut sangat-sangat, aku tak akan pergi hospital. Aku tunggu lagi dua tiga minggu, baru nak scan. Masa tu, mungkin baby besar sikit, dan boleh nampak.

Sepanjang menunggu dua tiga minggu tu, aku kena mabuk yang sangat-sangat teruk sampailah ke hari ini. Lemahnya badan sampaikan menggigil sebab lapar tapi tak boleh nak makan. Loya yang teramat, sakit kepala yang berpusing-pusing seperti tak berpijak di bumi yang nyata. Bila makan mesti muntah balik. Bau belacan sangatlah aku tak boleh nak bau. Nasi pun tak berapa nak lalu makan. Terasa sadis sungguh bila tengok makanan. Tak ada perasaan langsung nak makan sebab takut muntah.

Akhirnya, 15 Febuari 2013, Jumaat, aku pergi ke klinik Famili, klinik kegemaran aku untuk buat scan. Kenapa aku pergi situ? Sebabnya, aku nak tahu baby macammana dan juga nak siapkan fizikal dan mental aku untuk event anak yatim 24hb nanti. Atleast, aku ada seminggu untuk prepare apa-apa.



Alhamdulillah, akhirnya permata hati kami suami isteri menunjukkan dirinya. Masih terlalu kecil, tapi bila tengok kat monitor scanner tu, nampak degupan jantung dia. Subhanallah, menangis aku waktu tu. Berkongsi bahagia dengan doktor sebab encik suami kerja waktu tu. Allah sahaja tahu macam mana perasaan waktu tu bila ada khalifah kecil ni dalam perut aku. Bersyukur sangat-sangat. Petang tu, bila encik suami balik dari kerja, dia tengok gambar scan ni, mata dia berair. Senyum tapi kami terdiam dalam pelukan. Terima kasih ya Allah untuk hadiah yang sungguh bermakna ini.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

55 comments:

sarahhernyzar said...

oke.. sara baca pn boleh ngalir airmata.. ya Allah tingin sgt nk baby.. sabar sabar kene nikah dulu.. hehe. semoga iza dan baby sehat. selamat menempuhi fasa kehamilan.. XOXO~!!!

ameris said...

tahniah..tahniah..tahniah... pesan akak jgn aktif sgt, sbb masih baru.mcm2 bole jadi. bykkan rehat, mkn folic acid n vitamin.

EIKA said...

Alhamdulillah Dear :) Tahniah & take good care of urself taw ^_^ Ika yang baca ni pon sebak :p hehehehehe....hepi nya :) xsabar tgg turn ika lak :P

BaTiK_PiNk said...

Tahniah ye awak...jaga kandungan baik2, rezeki anak untuk awak suami isteri dipermudahkanNya....

CikNaa said...

rezeki Allah tu.. mcm ciknaa jugak 2nd baby positif tp nampak kantung je. bl dh masuk 12w baru nmpk baby & jantung dia.. now dh nak masuk 4 bulan dh :) same2 preggy la kite.. congrate dear.. take care yay.. anak sulung lg excited tau!

zulia said...

ya Allah........alhamdulillah..... :)
hepy for u dear!! tahniah sgt2....
jg kesihatan n diri baik2 k.... =)

Ayu sukatiakula said...

tahniah..
jaga diri ye..
semoga segalanya dipermudahkan sampai bersalin nanti

Ym.Bundle said...

alhamdulillah dan tahniah..dapat rasa kegembiraan korang pasal aku sebelum ni lagi lama menunggu...take care..

Mrs Lurve said...

bergenang air mata baca entry za nie, sy doakan semoga kandungan za kuat, dan semoga Allah memelihara kandungan za sehingga dilahirkan kelak.. tahniah utk za dan suami, za jgk jaga kesihatan baik2 di peringkat awal nie..

Masya said...

alhamdulillahh.. tahniah yer.... moga diberi kesihatan yg baik sampai bersalin...

[farah alias] said...

tahniah akak!!!! wahhh!! dapat baby dia nanti ^_^. tahniah!

Cik Puan Tqah said...

congrats n take care ea :)

Erina Asmawani said...

Tahniah dear..so happy for u!! Syukur Alhamdulillah. Jaga kesihatan ye :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum za, syukur alhamdullilah. sila jaga diri sebaik mungkin. Ya Allah, bestnya rezeki awak dah sampai. saya tumpang gembira. meremang bulu roma baca entri ni. Subhanallah, syukur awak dan baby sihat :)

Nurul Iman said...

tahniah. inilah anugerah yg suami isteri sntiasa nantikan. :)

Nory Zoulkefle said...

za...syahdunyer...
rezeki mak dan suami dah tiba..
bilelah rezeki nory plak??huhu..
doakan ek makk..heee

(●*∩_∩*●) said...

iz, congats!!!!
segala penantian membuahkan hasil...
Tahniah sgt2 dear :)
take a gud care of urself...jgn angkat bnda berat2 tau....
congrats again!!

Nurul Husna said...

tahniah....anak kita nanti sebaya....rasa indahkan bila ada 1 nyawa dlm bdn kita...jaga diri elok2.. :-)

Mila Ahmad said...

Mak,,, sebak pula tetiba aku baca mak..entah bila pulak turn aku kan :')

dhiera said...

tahniah dear! alhamdulillah..

cik mah said...

tahniah2....jaga diri tau...n semoga iz n baby sihat2...

cik mah said...

tahniah2....jaga diri tau...n semoga iz n baby sihat2...

ISMA ILYA AHMAD PUAD said...

Robbi yassir wala tua'ssir

moga dipermudahkan segala urusan ye.. ameen ameen ameen :)

yatd said...

congrats

Ayie Abas said...

salam izfa :)

berita sgt gembira nih...:)

kena betul2 jaga kesihatan jaga diri, pemakanan dan lain2 spy kandungan sihat..dan selamat dilahirkan nanti..

syukur alhamdulillah :)

Azura said...

aduh touching lak kita baca part last tu... btw tahniah ye...

'Aien Awien' Husaini said...

: Tahniah...! Moga baby sihat..! Doa kan CikAwiens pun mcm tue.. simptom² macam dah ada.. tapi takut buat UPT.. sebab pernah buat sekali.. tapi -ve... huhu..! (",)v

Lyaa Suriany said...

excited nak tau cerita, baca tiap ayat.
suspens
alhamdulillah
baby nak main ciku cak ni.
congrats sangat....

maisarah sarah said...

tahniah sis and take care.semoga dua2 sihat selalu =)

Cik Puan Wani said...

Alhamdulillah..seronok baca entri happy gini..kite plak yang tacing..haha
rezeki Allah sampai jugak,cepat atau lambat je kan..take care ok :)

jeBateja said...

Semoga berjaya dpt baby comei...mcm saya...ahakz

cikPUAN einaYrah said...

tahniah.. akhirnya... alhamdulillah.. jagalah ia sebaik mungkin.. Allah lebih tahu segalanya.. kata org tua2, kalau mabuk teruk ni anak perempuan. kesabaran kamu berdua membuahkan hasil..

cik violet said...

akak, tahniah. jaga diri taw :)

e k i n ♥ y u s r i said...

tahniah

UMIE SUE said...

TAHNIAH!!! YEAYYYY!
HEPI SANGAT DGR BERITA NI

SU MMG KAMERA BW SELALU ..HIHI..ATUK AQILAH MMG SURUH TGKAP GMBR AQILAH MASE NAK BESAR NI.SRUH BUAT KENANGAN

Mrs Velentine said...

alhamdulillah...rezeki..jaga diri baik2 tau....jaga kesihtan..jaga buat keja berat..done digi & nokia utk baby dlm perut

cikpingu said...

aku plk nk nangis baca entry ko ni.. huhu.. tahniah nok.. akhirnye ade rezki tuk bgelar ibu...

::EIDA:: said...

Tahniah mak. Take care ;)

Tukang Karut said...

tahniah yea... semoga semuanya selamat di dalam rahim...

humble.yat said...

alhmdulilah..!alhamdulilah!alhadulilah!syukur sangat2..tak terucap rasa nya mendengar khabar dari izfa:-)

jaga diri dan baby baik2..
semoga dipermudahkan segalanya...

ayut said...

Alhamdulillah...tahniah2x...happy for you too ^^

Haryati Faizal said...

tahniah...mungkin 1st tu test terlalu awal so tak nampak sgt..apapun jg diri ye..

nadia said...

T_________________T

Mizz ErMa said...

alhamdulillah..tahniah kak..sy pon tumpang terharu dengan cite akak nie..semoga akak dan baby sihat2 aje hendaknya..=)

N.Aima K said...

Datang dari belog Nadia..Tahniah atas kejayaan kerja amal dan berita pregnancy ni :)

yana aina said...

tahniah .. alhamdulillah. moga dipermudahkan segalanya.

huhuhhh sedih ... bilalah rezeki kami :(

Anonymous said...

Tahniah utk korg berdua. hope semuanya baik2 belaka ;)

Zana Adieyza said...

semoga segala urusan dipermudahkan Allah.. jaga diri baik2 yer..

iedaurora said...

congrat dear! im happy for you ^_^

Myzatul FarahinSatimin said...

tahniahhh!!!! bestnyeeee

Maria Firdz said...

Alhamdulillah... tahniah... moga terus sihat dan selamat.. :)

ciktat said...

bestnye...syukur pada Allah..saya ni baru je bersalin 6 bulan yg lepas..3 bulan x dtg period.45hri pas bersalin period pertama muncul.then 40hr pastu period lagi...bila wat upt test negtaif je..perut rasa semacam je..pi scan..doktor x sure mulanya.so minta second opinion drp doc laki..katanya ada darah dlm rahim sy...bukan baby..pelik tp nak buat camne....terima ketentuanNya..

SALZIANAH said...

SAYA BARU JE G KLINIK TADI... SAYA BGTAU DOKTOR YANG SAYA DAH 2 BULAN XDTG PERIOD..N CHECK KAT KLINIK LAIN BT UJIAN UPT SAYA PREGNANT..TP SEJAK SMLM ADA DARAH SEDIKIT KELUAR, G KLINIK TADI DOKTOR CAKAP RAHIM KOSONG UPT PULAK NEGATIF..PENING LA..MANA SATU YANG BETUL...ARI ISNIN NANTI BARU INGAT NAK BUAT BLOOD TEST KAT KLINIK KERAJAAN LAK..

Kenari Putih said...

Touching nya... Yela pasangan suami isteri yg sebenarnya berharap sgt nk timang cahaya mata mmg sgt bersyukur n terharu bila dah lama berusaha, akhirnya Allah makbulkan doa

Rofa said...

Ieza... Nk tnya... Sy pernah check upt di klinik swasta double line tp yg satu lg samar.. Pastu check usg kali pertama ada nmpk kantung.. Check kali kedua dan ketiga tidak nmpk kantung... Lps tue upt negatif... Scan transvaginal juga x nmpk kantung... Cuma slps scan dulu xda pendarahan... Hanya kuar coklat muda dua hari waktu hari bekerja... Agaknya apa yg terjadi kpd rahim saya ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...