Wednesday, March 27, 2013

Buku Merah Jambu Mommy to be

Assalamualaikum


Aku rasa macam tak percaya aku tulis tajuk macam tu. Syahdu pula tetiba. Cerita ni cerita agak menyentapkan untuk bakal ibu yang gigih nak buat buat buku merah jambu kat klinik kerajaan yang pertama kali macam aku. Kalau rasa kegigihan dan kesabaran korang tiap kali berada dalam situasi menunggu berada di takat didih, sila abaikan perkara ini. Boleh skip kisah tragis ni dan terus ke swasta dengan poket yang tebal. 

Pagi Isnin yang lepas, lepas settlekan encik suami dan beliau pergi kerja, aku pun suruhlah adik lelaki aku pergi klinik desa kat tempat aku ni ambil nombor giliran untuk buat buku baru bagi ibu mengandung. Kenapa aku suruh dia? Sebab senang, dia boleh terus start motor dan terus pergi sana. Kalau tunggu aku, dengan nak tunggu enjin kereta panas, pastu bawa kereta pun terkedek-kedek, memang lebih 10 minit jugalah baru nak sampai sana semata-mata ambil nombor sahaja. 

Malangnya, adik aku balik semula ke rumah dengan tangan kosong. Katanya, "kena bagi kad pengenalan, sijil kahwin (sijil besar-besar tu pun nak juga ke?) dan juga apa-apa dokumen pengesahan dah mengandung (fine, perut ni memang bukan tanda ibu mengandung gamaknya !)". Aku pun cakaplah kat dia, "sijil kahwin? Kad nikah tak boleh ke? Siapa yang bagitahu kau kena ada semua benda ni?". Jawapan dia amat mengecewakan, "orang laki yang tunggu kat situ juga yang nak buat buku". Nasiblah adik aku ni tak kahwin lagi. Kalau tak, memang makan ekzos motor. Kalau ye pun nak tanya dik oi, tanyalah kat nurse.

Makanya, aku pun bersiaplah untuk ke klinik desa tu. Aku sampai sana lebih kurang pukul 8.20 pagi macam tu. Nasib baik sangat-sangat aku dah sarapan. Kalau tak, memang aku nangis kat dalam klinik tu. Semua urusan selesai pukul 12.30 tengah hari ! Serius, masa tu aku rasa memang kesabaran nak menjadi seorang ibu sangat teruji. Entah berapa kali aku terlelap-lelap, entah berapa kali aku masuk toilet, entah berapa kali aku tengok luar pagar ! Kalau kira, aku boleh gila gamaknya. Nasib encik suami tak ada sekali. Kalau ada, aku rasa, pukul 9 pagi dia dah balik rumah !.

Meh aku nak cerita kronologi peristiwa aku kat klinik desa tu. Mula-mula sampai, aku tengok ramai sangat ibu mengandung dan juga ibu yang bawa baby. Aku letak kad pengenalan dalam box yang disediakan. Aku terfikir, kalau dah kata hari Isnin adalah hari untuk membuat buku baru, kenapa tak selaraskan sahaja untuk yang buat buku? Nama aku dipanggil hanyalah pada pukul 10 pagi ! Tunggu nombor semata-mata sampai pukul 10 pagi.

Sudah dapat nombor, terus pergi ke toilet untuk bagi sampel air kencing. Tunggu lagi dalam setengah jam, baru nama dipanggil untuk tulis maklumat kat buku yang diberi. Dorang bagi 2 jenis buku. 1 buku untuk rujukan dorang dan satu buku lagi untuk simpanan kita. Bila buat next check up, kena bawa buku tu. So, dah tak payah nak bagi kad pengenalan. (Tak ada pun dorang minta sijil kahwin bagai. Adik aku dapat maklumat entah apa-apa).

Siap sahaja tulis maklumat segala, maka sesi menunggu lagi sampai pukul 11 pagi lebih kurang. Lepas tu, baru nurse panggil untuk ambil darah. Then, menunggu lagi sampailah pukul 12, ada nurse lain panggil untuk sesi soal jawab sikit pasal bila kahwin, bila last period, ada bawa gambar scan ke tak (dorang tak provide perkhidmatan scan. Sila bersedih !) dan macam-macam lagi seperti sejarah keluarga sambil ambil tekanan darah. Habis borak tu terus ukur tinggi dan juga timbang berat. A few minutes later, jumpa doktor. Tak ada pun check segala, cuma dia dengar denyutan jantung then keluar dan menunggu. Sampailah ke jam 12.30 tengah hari, barulah nama aku dipanggil dan diberi sikit penerangan pasal pil obimin yang aku kena makan menggantikan asid folik dan juga tarikh next check up. Then settle selepas lebih 4 jam bertapak kat klinik desa tu.

Apa faktor yang melambatkan proses membuat buku baru bagi ibu mengandung?

1. Tak ada carta aliran (step by step) yang menunjukkan apa yang perlu dibuat bila sampai di klinik. Majoriti, bagi ibu yang baru pertama kali ke sana, memang blur tahap dewa bila tak tahu apa yang perlu dibuat. Bila tanya, tak nak pula suara nurse tu kuat satu klinik sampai semua orang boleh dengar apa yang nurse tu cakap. Baiklah nurse, saya memang tanya bagi pihak semua orang ! = . = '

2. Tak ada pelarasan hari yang khusus untuk golongan ni. Tak ramai sangat pun yang nak buat buku baru berbanding yang datang untuk monthly check up. Tapi, golongan ni lah yang datang paling awal dan balik paling lambat.

3. Minah Indon bersepah ! Ini part paling buat aku geram. Aku tahu kerajaan tak nak ada kes-kes penularan wabak ke apa ke, tapi masalahnya, hak yang sepatutnya golongan bumiputera dapat, tapi kena dibahagikan dengan golongan luar. Aku tak ada masalah perkauman ke, apa ke, masalahnya, kenapa dorang check up kat situ ? Geram betul aku !

So, kesimpulannya, memang kena tabah untuk terus check up kat situ. Bagi aku, tak kot. Bukan sebab duit berkepuk atau apa, tapi masa dan keadaan yang buat aku harus buat pilihan. Kalau dah duduk kat situ, muntah-muntah, tak ada perkhidmatan kafe segala, aku fikir juga namploh kali untuk ke situ lagi. Di tambah pula, keadaan bayi yang dikandung tidak dicheck, hanya berdasarkan cerita kita sahaja doktor boleh buat kesimpulan, aku terasa macam, "wah, hebat gila doktor ni !". Sedangkan, aku banyak sangat yang tak tahu pasal perihal mengandung, perlu pasrah dengan jawapan yang diberi. Kalau nak scan pun, memang kena pergi swasta, so better terus check up kat swasta saja. Dan yang paling tak best, doktornya pula bukan perempuan melayu. As long as kita boleh pilih mana yang better, kita kena buat pilihan sebab bukan kes darurat. 

Ini cuma pendapat aku sahaja untuk klinik desa kat tempat aku. Mungkin tempat korang jauh lebih baik perkhidmatannya dan silalah bersyukur sebab diberi perkhidmatan yang baik dengan percuma.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

23 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum za, bestnya. dah ada buku merah jambu. hehe. za jaga diri bebaik tau. tak sabar nak tgu perut za kedepan. hihi :)

IMaH said...

Wah..bestnya dah pregnant! congratz! lama xjenguk ke sini rupanya tuan blog dah jadi mommy to be dah. Take care ok!

Z@i Z@mR33 said...

lamanya....

sy selasa lps p wt buku pink gak tp 2 jam stgh cmtu...p pon dh pkl 10 pg...kt sini kena bw sijil nikah & doktor scan perut nk tgk sm/lbh kurang pengiraan nurse dgn scan...

EIKA said...

hye...lebih kurang la cita kita ni.ika sampai kul 8 pg alomost kul 1 baru abis..huhuhu tapi so far ok la sebab nurse dekat situ memang baik2.yg paling lambat,jumpa doktor gigi & tunggu result darah!

CikNaa said...

KK area mane? ciknaa 2kali ngandung, 2kali la serik pg KK area gombak ni.ramai giler org. mmg nak check up kt KK sbb lebih detail, tp sbbkan mase yg limit, ciknaa mmg pg KK sekali 2 je semata2 nak dpt buku pink tu je.in case emergency terberanak kt gov hosp.. kalo kt kampung, KK mmg terbaik sbb tak ramai org.. so, klinik panel jela.. hm..

ameris said...

iza tinggal kt mana? klinik tu kt mana?kalu kt area gombak akak rekomen kat klinik seri indah dengan dr zulailah. klinik swasta tp dr ni bagus sgt, mmg detail penerangan dia.boleh borak dgn dia smpai 1/2 jam pasal pregnancy ni.
kalu kat sg buluh bole pegi putra medical centre dgn dr ratna. punnn tersangat laaa baik. charge pun tak mahal.

juicy X said...

proses sy buat buku pink mudah je..mgkin bgantung pd tmpat jgk kot.apa pon enjoy ur pregnancy, congrats! :)

puan.mila said...

Iza dah preggy? Tahniah ye..hepi for u..alhamdulillah..

Tukang Karut said...

banyak2 la cari info ek...

Nory Zoulkefle said...

selalu sengar org merungut cerita pasal check up kat klinik kerajaan ni..uhuhuh...
cmne lah nory nnt..
nk ke swasta, tak mampu...hukhukhukhuk..

ameris said...

*aqiqah & birthday
Yaya is 1, rayyan is 2*
akak menjemput iza&hubby untuk majlis tersebut pada 13/4/2013 (sabtu) pukul 1-5 petang
Di alamat: no. 3 jalan sg6/2 taman sri Gombak, batu caves, Selangor.

puteh Nazumie said...

tahniah coz become mummy to be. =)

humble.yat said...

biasalah tu..kadang gi klinik ni kena guna kuasa veto kita sebagai pengguna, baru cepat siap..

hehe..selalu buli nurse, kata nak cepat sebab ada meeting luar la, outstation lah..aci X..tapi memang cepat dan puas hati..

sekarang ni pun, call klinik dulu, hari ape yg x ramai org, baru pergi,,baru jimat masa kita:-)

N.Aima K said...

TAHNIAH!!!

klinik ibu dan anak kat tempat kitorang pun mmg lambat juga hu hu..

tapi alhamdulillah ada carta aliran dan nurse pun very helpful.

saya dah setkan otak kalau berklinik kerajaan kena tunggu 2 jam keh3x..

sbb mmg dalam carta aliran kat situ kena tunggu sekurang2nya 45 minit T___T kalau yg tak tau tu yg boleh hangin tuuuh

apapun good luck dear :)

Mizz ErMa said...

alahai..kesiannya, sy ritu pon penah skali survey klinik kerajaan kat area umh, mak oi..ramai gila org..sebab tu decided nk pergi bukak buku kat swasta aje sbb xnak buang masa sebab sy kan keje..xnak bazirkan annual leave..hehe

Masya said...

wahh dah mula buat buku eh.. dah bapa bulan yer.. 3 bulan selalunya baru buat buku ni...

GOLD FINGER said...

Dear momy to be..1st baby dulupun akak nk gi register klinik gomen ni..tapi baru jer masuk then tgk org ramai sesak padat..somi terus ckp..jom balik..takyah lar buat..hahahaha..tak sempat nk ada telenovela kat situ..check up swasta jer dear for 1st baby ni..

cha said...

hai mommy to be rendunya kat u. u dh tak sudi datang blog i kan sob T_T

mmg tabahnya la ibu2 nak buat buku pink ni kan. hahah nasib baik adik u tu tak kawen lg. so boleh bg excuse la wahahah

semoga terus tabah nanti nak buat check up pulak kan. take care u

Mrs Lurve said...

dh ada buku pink lps nie rajinla kena g cek up..amalkan pemakanan yg seimbang..kalo boleh elakkanlah asam2 tue

senyumm said...

Pengalaman kite lbh kurg je..sy mula pegi buat buku pink pagi2 hri,same2 smpi dgn nurse bkk pintu klinik..tp hampeh...kul 10 lbh bru nme dipanggil.pdhl x rmi pn mse tu.kul 1 bru siap.yg klkarnye sy gtaw nk buat buku pink.nurse tny blik btl ke awk ni mngndung.ade bukti ke..perlu bwk upt ke sbnrnye??sblm bkk buku pink sy pegi klinik swasta je,cpt siap.tp fikir kos pulak.hew3

nini said...

Alamak ai scary la mcmni...kena mintak cuti everymonth untuk checkup

MAT NOR said...

Wife pun baru buat buku merah semalam kat klinik desa. Walaupun luar kawasan klinik desa tetap terima. Atas dasar tumpang check up. Jururawat sana still advice Wife buat buku merah kat KKM yg sepatutnya di lingkungan tempat tinggal. Sebabnya jururawat klinik desa takkan datang melawat apabila bersalin. ‪‪

malizda desire said...

Salam sis biasa berapa hrg check up k6 putra medical sungai buloh tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...