Thursday, August 1, 2013

Cara mengatasi sembelit

Gamaknya aku memang nak buat rekod sebulan sekali je kot update blog. Pfft. Dasar pemalas. Bila dah sebulan tak update, memang nampak sangat aku tak wish pun SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK buat semua rakan blogger. Hari ni baru berkesempatan. Terimalah ucapan itu dengan setulus hatinya.

Kalau dulu masa aku anak dara, bila tiba Ramadhan je, aku rajin cerita hari-hari yang aku lalui. Tahun ni, memang tak ada langsung cerita pasal bulan Ramadhan dalam blog aku. Setiap kali nak post something, aku selalu terfikir, bagi manfaat ke tak post aku ni bila orang baca. Huh, adakah pemikiran aku dah semakin tua?

Berbalik kepada tajuk. Sembelit ni memang masalah universal. Perempuan, lelaki, muda atau tua, dan kadang budak-budak pun biasa kena kalau tak jaga makan dan minum. Kena rawat elok-elok sebab ni salah satu punca boleh jadi kanser usus.

Sebenarnya, aku dulu pun dalam kategori ni juga. Sembelit memanjang. Nak membuang tu punyalah azab. Kadang dua tiga hari sekali baru dapat membuang. Bila tak membuang, kepala sakit sebab angin naik kepala satu lah, lagi satu stress fikir kenapa tak berak. Mampu? Sampai satu tahap, aku dengan kawan baik aku sorang ni time belajar dulu, cari solution yang mampu buat kitaorang membuang dengan jayanya bila dah rasa tak tahan. Bila ingat balik, macam apa je. Cerita macam kotor sikit. Hahaha.

Tiap kali salah sorang dari kitaorang keluar beli barang kat Giant PJ tu, mesti mesej, "yunk, stok nak membuang ada lagi tak. Kalau habis, aku kat giant ni. Nak order tak?". Sampai tahap macam tu sekali caring kitaorang aku cakap kau. Kau tahu, apa 'barang baik' tu?


Yakult! kredit kat encik google. Memang berkesan bagi pelajar dan orang-orang yang kurang berkemampuan macam kitaorang masa tu. Tidaklah on the spot kau boleh berak, tapi at least setelah beberapa ketika, mampulah membuang dengan jayanya tanpa perlu meneran. Memori sungguh. Lagi-lagi bila time puasa kat hostel tu. Meroyan kalau stok habis. Buka puasa minum yakult. Kau ada?

Alhamdulillah, sekarang dah berkemampuan sikit, Dan rupa-rupanya banyak je produk kat pasaran tu yang boleh nak atasi sembelit. Sangat hulu aku rasa bila dulu aku tak tahu pasal produk yang dah nak 10 tahun dalam pasaran. Dengan keadaan berbadan dua ni, lagi senang sembelit. Tambah pula bila berpuasa. Tapi, bila aku dengan kawan aku guna produk ni, alhamdulillah, sembelit langsung dah tak menghantui kepala otak kitaorang. Rasa sangat best bila hari-hari dapat membuang dengan jayanya tanpa perlu meneran. Hahaha.


Apa yang bagusnya pasal Excel Tea keluaran SNE Marketing ni? Pasal bahan-bahan dia. Walaupun nama dia Excel 'Tea', tapi dia bukanlah macam teh-teh yang biasa kita minum, yang boleh buat angin satu perut sampai kembung-kembung. Macam aku sendiri pun, bila mengandung ni tak digalakkan minum kafein. Tapi, excel tea ni langsung tak ada kafein sebab bahan-bahan dia sangat elok untuk badan macam aloe vera. Serius, lepas aku minum teh ni, aku tak ada masalah untuk membuang. Alhamdulillah. Aku sangat puas hati dengan produk ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal produk ni, apa bahan dia, apa yang dia boleh bagi kat badan korang, boleh klik link ni :


Now, ada promotion. Semua pembelian adalah dengan harga ahli. Aku promote produk ni sebab produk ni bagus kat aku. Untuk kau, aku tak tahu. Based on testimoni, ramai yang cakap memang produk ni 'barang baik'. Tapi, aku paling menyampah kalau orang dah sakit bertahun-tahun, bajet boleh baik bila guna produk kesihatan sepeket dua. Fikir secara realistik. Kau makan ubat yang doktor bagi pun belum tentu kau sembuh. Semuanya kena doa, usaha dan tawakkal. Lain-lain serah kat DIA.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

13 comments:

sarahhernyzar said...

Kene banyak minum air yunk... Sara bln puasa mmg stock alfalfa kene ada. Makan waktu sahur sebelum makan.. So mmg berak besat la.. Hahaha.. Xde la sembelit. Yg penting air kene minum bnyk.. Hehehe.. Happy Ramadhan Al-Mubarak dear... Sorry lama x singgah.. Busy sgt.. Sobs.. Nnt jemput mai wedding sara k. Xoxo.

Pykaa Pdott said...

Ptot la dah lama tak nmpak sis . Dah jrang2 nak update ea . Hehe

IMaH said...

Imah dulu time sekolah pernah jugak kena masalah sembelit ni tapi lepas jumpa dr dia suggest minum air masak banyak & makan buah & sayur hari2. Alhamdulillah..lepas tu ok sampaila skrg. Time preggy ni xkena lagi sembelit tapi harap2 xkena la.Yelah..tiap2 org badan dia lain2 kan. tp dah jumpa solution untuk masalah ni Alhamdulilah...

cha said...

nasib baikla i jarang sgt sembelit haha. pagi pagi memang membuang dulu :p

selamat hari raya u :)

Masya said...

yakut tu bukan takat sembilit, cirit birit atau sakit perut pun bgs.. selalu bg anak akak minum yg warna biru rasanya sebab dia masam sikit .. tp mmg bgs setakat ni dia ok...

merahitujambu said...

owh yakult penyelamat sembelit la eh

LadyBird said...

kalu nk sng membuang..
pg2 bangun pg tu, sblm gosok gigi minum ais suam dulu.. lps tu br g mandi.. insyaAllah bersihlah salur pencernaan kite tu nanti..

jai said...

saya suka yakult

anif abdullah| AA said...

kalau yakult tu mmang menjadi kak. hehe.. one more, air bliss buah2 tu. best :)

::EIDA:: said...

ida minum yakult kalau masalah dalaman perut ni.. bagus kan.... hehehe

urusetia cess said...

bjya jgk ak....

urusetia cess said...

hu

Dr Muhammad Akbar bin Abdullah said...

Tips yang berguna untuk merawat sembelit. Selain itu, kita juga harus berhati-hati dengan ubat dan vitamin yang kita makan kerana kesan sampingan ubat dan makanan tambahan juga boleh menyebabkan sembelit. Antaranya ialah ubat antacid (untuk rawatan gastrik), ubat narkotik (mengandungi morfin) yang digunakan sebagai ubat tahan sakit dan vitamin zat besi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...