Monday, September 2, 2013

Syawal 1434 Hijrah


Salam Syawal 1434 Hijrah dari aku dan keluarga. Maaf zahir dan batin. Kalau boleh, nak post entry syawal ni hujung bulan syawal nanti, tapi macam melampau sangat dah malasnya. Apa nak jadi dengan blog aku ni pun aku tak tahu.

Tahun kedua beraya sebagai isteri. Perbezaan syawal yang aku rasa sejak berkahwin untuk syawal tahun ni dengan tahun lepas, tahun ni kami menanti orang baru dalam hidup kami. Alhamdulillah, syukur dengan anugerah Allah ini. Tahun ni, beraya di sebelah keluarga aku. Kasihan juga dengan encik suami sebab kami langsung tak balik beraya di kampung belah suami sama ada di Johor mahupun Perak sebab perjalanan jauh dan takut apa-apa jadi dalam perjalanan. Serius, terharu dengan pengorbanan beliau. Terima kasih abang.

Macam gambar kat atas tu, tema keluarga aku tahun ni warna peach. Kami suami isteri tema ala-ala biru. Tragis kisah mencari baju raya untuk aku tu. Encik suami ajak beli baju dua hari sebelum raya. Serius, rasa macam putus asa mencari sebab ramai orang dan susah nak memilih yang sesuai. Tapi, alhamdulillah, dapat juga akhirnya walaupun dah lewat malam. Pengalaman sungguh.

Kalau tahun 2011 aku beraya sebagai anak, 2012 menyaksikan aku beraya sebagai isteri. Tahun ini, 2013 aku dapat beraya sebagai bakal mama, dan insyaAllah, entry raya tahun depan, 2014, aku dapat merasa beraya sebagai mama. Allahu Akbar. Allah sahaja yang tahu perasaan itu. 

Last but not least, doakan semuanya baik-baik sahaja. Puan blog sedang menghitung hari. Berdebar-debar rasanya. Salam syawal dari kami suami isteri. Maaf zahir dan batin.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

9 comments:

GOLD FINGER said...

selamat hari raya..akak doakan awak selamat melahirkan baby..

Nory Zoulkefle said...

dup daap dup dapp..
debaran kian terasa..
anyway, selamat hari raya Za ...

Zul Fattah said...

salam.. slam merdeka raya.. erm, x lama lg dapt rezeki yg bernyawa la.. apa2pun, tahniah yup..

D Yatie said...

Semoga dipermudahkan semuanya ye awak. Semoga selamat keduanya. InsyaAllah

::EIDA:: said...

selamat hari raya mak. dah makin besar dah perut mak. hehehhehee

Masya said...

dah menghitung hari yer.. moga dipermudahkan.. nanti update tau .. lahir baby apa..

eika_jps said...

salam perkenalan...

selamat menghitung hari n moga dipermudahkan segala urusan bersalin...

jemput singgah blog mummy azroi..mak budak baru berjinak dalam dunia blog...
http://atikarafina.blogspot.com/

cha said...

cantiknya baju raya dia. selamat hari raya u. i doakan yang terbaik ye amin

Lilynn Wifey Sham said...

salam.. singgah sini.. done folo sini.. sudi sudi singgah :
SI RATU DI HATI SI DIA http://warnawarnithecolorz.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...