Thursday, November 21, 2013

Penyusuan Susu Ibu dan Demam Kuning

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, dapat juga aku kongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan aku mengenai cooling therapy (terapi penyejukan; TP) for baby expecially terapi untuk anak aku dalam entry yang lepas. Nak siapkan satu entry sangat mencabar bagi aku sekarang ni. Bukan kerana ada anak kecil sebagai alasan, tapi sebab aku cepat sebak bila taip entry pasal dia. Sobsobsob. Anak mama dengan ayah memang kuat.

Entry kali ni aku teruskan kisah perjalanan Darwish selepas TP selesai dijalankan oleh pihak hospital. Selesai sahaja sesi TP, pihak hospital buat MRI scan untuk tengok sama ada terdapat apa-apa ketidaknormalan (abnormal) di bahagian otak Darwish atau tidak. Keputusan MRI scan ni hanyalah gambaran kasar tentang keadaan Darwish, selebihnya boleh dilihat sepanjang tumbesaran Darwish. Alhamdulillah, berdasarkan keputusan MRI scan, tiada yang abnormal.

Sepanjang aku tak boleh bagi susu kat Darwish secara direct, bibir Darwish sangat-sangat kering sampai terkopek-kopek. Lidah Darwish selalu basahkan bibir sendiri, nampak seperti sangat kehausan. Kami suami isteri guna air zamzam untuk lembabkan bibir Darwish, dan alhamdulillah, bila tiub kat bibir Darwish dibuka, tak ada luka di situ.


Pihak hospital telefon aku suruh aku datang duduk sekali di hospital untuk ajar Darwish breastfeed (bf) secara direct (sebelum ni aku kena buat stok susu untuk Darwish dan dihantar ke hospital). Hari Selasa, 01 Oktober 2013, pukul 3 petang, buat pertama kalinya aku sendiri menyusukan Darwish. Allahu akbar, Darwish pandai menyusu dengan baik. Itu petanda yang sangat baik untuk perkembangan otak Darwish. Sepanjang berada di NICU bersama Darwish, aku beri susu kepada Darwish setiap 3 jam. Ditambah pula, waktu tu Darwish kena demam kuning, tapi tak tinggi bacaannya. Waktu ni, Darwish dah ditukar tempat daripada katil untuk TP ke katil lain tetapi masih di dalam NICU.


Bila berada dalam situasi Darwish demam kuning, baru aku tahu yang bukan semua bayi yang kena demam kuning akan diletak dalam inkubator yang penuh dengan lampu biru tu. Rupanya, ada lebih kurang 3 peringkat (sepanjang penglihatan aku kat NICU). Biasanya, yang duduk dalam inkubator tu bila bacaan kuning terlalu tinggi. Keadaan ni kadang ibu bayi pun susah nak pegang menyusukan bayi sebab bayi akan terdedah lama kat luar dan tak kena cahaya biru. Lagi 2 peringkat, satu dipasang 2 lampu biru (atas dan bawah bayi), dan yang lagi 1 hanya 1 lampu (sama ada di atas sahaja atau di bawah sahaja). Macam Darwish, hari Selasa aku datang untuk bf, Darwish kena 2 lampu. Dan keesokkannya, dah dikurangkan kepada 1 lampu sebab bacaan kuningnya dah turun. Sedih tengok hari-hari Darwish kena ambil darah. Bengkak-bengkak kaki dia. Baru aku tahu, kalau bayi, ambil darah dekat tapak kaki. Ni masa Darwish kena untuk 1 lampu sahaja.


Tip untuk bakal ibu yang tak tahu. Selain daripada bagi susu badan sebanyak yang boleh kat baby untuk kurangkan demam kuning, boleh juga guna cara titiskan air anggur hijau kat mulut baby. Bagi baby rasa. InsyaAllah, kuning turun dengan cepat.


Alhamdulillah, Darwish dibenarkan keluar dari hospital pada hari Khamis, 03 Oktober 2013 dengan bacaan kuningnya yang masih perlu pantauan tapi tak serius. Sebelum keluar dari hospital, kami diajar cara bersihkan tali pusat Darwish, bersihkan rambut Darwish (sebab katanya ada sisa darah aku masa melahirkan Darwish tapi sebenarnya bukan; akan diceritakan darah apakah itu) dan penerangan tentang temujanji seterusnya untuk Darwish bagi pantauan jangka masa panjang.

Antaranya temujanji dengan pakar jantung sebab jantung Darwish tak tertutup sepenuhnya selepas dilahirkan. Kuasa Allah lebih hebat. Pergi temujanji untuk jantung, alhamdulillah, jantung Darwish sudah berada dalam keadaan normal. Rupanya, ada saluran jantung bayi semasa dalam kandungan tidak tertutup dan hanya tertutup bila dilahirkan. Banyak yang aku belajar dari pengalaman melahirkan Darwish.

Betapa excitednya kami suami isteri bila doktor bagitahu Darwish boleh keluar hospital. Teruja sangat-sangat dapat pakaikan Darwish baju yang kami beli di hari kesembilan Darwish berada di dunia. Terima kasih Allah.

 

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

17 comments:

CikNaa said...

afiq & rania pun guna anggur hijau..alhamdulillah takde kuning.. slmt menyusu za :)

nursuhada aziz said...

Alhamdulillah :) Saya tumpang rasa happy bila baca darwish dah boleh keluar hospital.hihi. moga awak bertambah2 sihat ya darwish sayang!ameen.

DYatie said...

Alhamdulillah. Inilah pglmn yg plg berharga kita sbg sorg mak dan ayah. Semoga Darwish terus membesar dengan sihat.

Suraya & Story said...

Assalamualaikum..
Saya sendiri rasa sedih bila membaca entry ni,perasaan itu saya telah alami sebelum..mmg sedih tengok anak dalam keadaan seperti.
Anak saya sendir 4 hari lahir di sahkan kuning mujur doktor kata tak perlu masuk wad,dalam pada itu saya berikhtiar cara lain.
Minum susu kambing asli kemudian susui anak dengan susu badan setiap 2 jam, In sha Allah berkesan.
Kemudian mandikan baby dengan ubat sensei khas utk baby kuning..2 hari saya praktikkan alhamdulilah...
Semoga puan dan suami tabah menghadapi situasi ini.

Mizz ErMa said...

ya allah kak..sebak pulak sy baca kisah darwish nie..alhamdulillah semuanya dah dipermudahkan..=')

Nory Zoulkefle said...

darwish gud boy....
skrg darwish dah sihat...
dah debabb...
mama dia pon mesti dah tak larat nak dokong darwish lama2...hehehhe...

Cik Puan Tqah said...

rayyan pon ade prob yg jantung tu n tqah hanya tau dkt2 nk abes pantang after followup 2nd time.. huhuhu.. doc xde jelaskan ape2 pon masa rayyan kene tahan kt nicu

ameris said...

semoga darwish sihat walafiat..

mrs kayrul said...

darwish anak yg hebat...semoga darwish membesar dengan sihat selalu

GOLD FINGER said...

Alhamdulillahh...syukur..akak doakan darwish sihat selamanya..amin

GOLD FINGER said...

Alhamdulillah..semoga darwish sihat walafiat..amin

AuraFIza said...

Salam..

Saya baca entry awak start dari awak melahirkan sampai entry yang ini. Menitis jugak air mata ni tengok baby Darwish berselirat dengan wayar. Memang mudah tersentuh hati ni bila tengok baby dalam keadaan macam tu. Rasa tak samapi hati nak tengok!

Alhamdulillah, anak awak pun getting better day after day. Baby Darwish kuat and mama dia pun kena lagi kuat k. Banyakkan berdoa pada Allah dan tabahkan hati.

Erm. Saya bukanlah seorang ibu, tapi dapat merasai naluri hati seorang ibu. Teringin merasai pengalaman manis mengandung, melahirkan dan berpantang. Tapi masih belum dikurniakan rezeki :( Doakan saya dapat merasai semua tu ye.

Hug and kisses for Baby Darwish! :) Take care babe!

nor azman said...

bagus dapat suami penyayang..hehehe

noly anna said...

comel sgt baby. my baby pun dulu kena kuning jugak masa baru lahir :( tapi nasib baik x lama. Kalau free singgah lah ke blog noly ye:) www.nolyanna.blogspot.com

Nurul Busyra said...

hi,, nice sharing kat sini.. =)
jemput ke blog saya juga ya (^^)

http://madamhealthy.blogspot.com

Masya said...

saya baca pun sebak apatah lg awak nak menaip entry nak berkongsi disinikan...

alhamdulilllah darwish makin sihat..

BitsBest said...

alhamdulilah..
akhirrrnya..saat2 yg ditunggu oleh ayah dan ibu bila doktor sah kan anak kita dh bole kuar hospital..
BB memahami perasaan awk dear..
sampaikan entry ttg zara BB xsanggup nk tulis..sebak sgt2 bila kenang keadaannya..

BB rasa satu perasaan yg tak dpt nk ungkapkan bila kita dapat pakai kan dia baju yg kita beli.Kalo tidak tak berbaju or pakaian hospital ajer.Sian sungguh..

apapon semoga darwish membesar sehat bagai johan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...