Wednesday, December 11, 2013

Botak

Assalamualaikum semua. Nak sambung kisah Darwish. Bosan ke baca kisah Darwish ni? Aku ni sama je macam blogger perempuan lain yang akan share hal masa bujang, masa kawin, masa ada anak, pasal kemas rumah, etc dan tak macam kebanyakkan blogger lelaki yang tak macam tu. Aku pun tak tahu kenapa macam tu perbezaan antara blogger laki dengan perempuan. Lumrah mungkin. Layankan saja.

Kat entry SINI ada aku cerita pasal darah kat rambut Darwish. Nak dijadikan cerita, 9 hari selepas Darwish keluar hospital, family aku dan mertua decide untuk buat majlis kesyukuran sekaligus majlis aqiqah untuk Darwish. Jemputan semua ayah aku yang uruskan sebab pada hari kejadian pun pagi tu kami masih berulang-alik bawa Darwish ke hospital untuk ambil darah Darwish. Majlis tu diadakan lepas asar lebih kurang bermula dalam pukul 5 petang.


Kebetulan, darah kat rambut Darwish betul-betul bersih sehari sebelum majlis. Gambar darah kat rambut dia tu tak ada pula dalam simpanan aku. Kira macam darah dah kering melekat-lekat kat rambut. Sila bayangkan. Pada hari majlis, ada marhaban lelaki dan cukur rambut. Masa ni, rambut Darwish tak dicukur habis lagi. Rambut Darwish dicukur habis masa hari Jumaat, beberapa hari selepas majlis.

Rupa-rupanya darah kat kepala Darwish tu bukanlah darah aku masa melahirkan Darwish, tapi darah dari kepala Darwish sendiri. Yang nyatanya, seperti yang aku pernah bagitahu sebelum ni, aku kena vacum sebanyak dua kali dan kali yang pertama vacum tu terlepas sebelum vacum dimasukkan kali kedua dan Darwish selamat keluar dari rahim aku. Ada parut besar kat kepala Darwish berbentuk bulat seperti huruf 'o' yang menandakan Darwish mengalami luka yang teruk kat kepala masa vacum pertama terlepas dari kepala dia. Allahu akbar, Allah Maha Besar. Kuat sungguh Darwish menahan sakit dan berjuang untuk hidup. Sampai sekarang, tiap kali tengok kepala Darwish, mesti teringat pasal vacum yang terlepas tu. Sampai sekarang juga, parut kat kepala Darwish belum hilang walaupun Darwish dah dua bulan lebih berada di dunia menjadi amanah kami suami isteri.


Semoga Darwish terus kuat dan sihat ye sayang. Selesai entry ni ditulis, Darwish dah dua kali botak. Ayah dia pun ikut botak sama. :)
 

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

8 comments:

Cik Puan Tqah said...

inshaAllah darwisy kuat.. doakan yang baik2 sahaja untuk dia key..aminn

Mar Mansor said...

semoga majlis petang ni berjalan lancar..sedap nama anak..

Nory Zoulkefle said...

budak botak dah makin hensem lah...
ooo kesan tu takleh hilang ek za?

IMaH said...

Dasyat jugak penangan vacuum smpai jadi mcm tu kepala darwish. Semoga darwish cepat sembuh kesan luka dekt kepala. mmg kuat smgt dia.

Masya said...

darwish memang kuat.. good boy, alahuakbar .. dugaan rasanya yer... dah tembam.. ni gambar 2 bulan yer..

Mila Ahmad said...

Darwish kan kuat kan sayang...

::EIDA:: said...

wah wah wahhh siap ade bannerrrr tuuuuu..............

safurara said...

beb aku dh baca semua entry ko.huaaa maaf lah.aku xtau.ptt lah berselirat wayar,bergenang air mata aku baca entry ko.sedih kan.tapi ko kuat! bangga dgn ko! moga darwish membesar dgn sihat.oh ya! princess pon lahir september, 7 september! hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...