Tuesday, December 31, 2013

Rutin Berpantang

Assalamualaikum semua. Macam biasa, lepas bersalin mestilah kau kena berpantang kan. Alkisah berpantang ni tak semestinya aku bersalin anak lelaki, kau bersalin anak lelaki, kisah berpantang kita mesti sama. Ikut orang yang jaga kitalah cara berpantang ni kan. Macam sekarang ni, aku dah nak habis berpantang 100 hari. Tapinya, lepas 60 hari ritu, dah macam-macam juga makannya. Cuma ais pantang lagi. Ada jugalah tertelan sikit. Tertelan kata kau. Apa-apa je lah ieza oi. :p

Macam aku, mak aku dan encik suami yang jaga. Majoriti lauk aku makan encik suami yang masak. Terima kasih kepada encik suami yang melayan tekak isteri beliau ni kalau mengadu dah muak nak muntah dan macam-macam. Pffft !

Meh aku kongsi rutin berpantang aku. Biasanya pagi aku bangun mandi segala. Part mandi ni, 30 hari yang pertama aku mandi dengan air rebusan serai wangi. Bau dia memang best dan menyegarkan. Time ni lah mak ayah aku pun join sekaki mandi juga air rebusan tu. =.=' Lepas tu, rambut basuh dengan air perahan limau nipis ke, kasturi ke, tak kisah, asalkan limau. Terasa ringan kepala ni. Hari first aku tak tahu kena basuh kepala dengan limau ni, aku gunalah shampoo rejoice. Patut aku peniing kepala semacam je. Satu lagi, tu petua juga nak elak rambut gugur semasa berpantang. Lepas hari ke 30 sampai hari ke 44, aku mandi dengan air rebusan daun jambu. Pun sedap bau dia. Then, lebih kurang sampai hari ke 60 aku mandi air panas time pagi, petang dah boleh air sejuk. Lepas tu dah boleh mandi air sejuk macam biasa.

Settle mandi segala, siap-siap, berbengkung, aku pun sarapan. Part sarapan ni terus makan nasi sepinggan. Tak tahu lah kenapa macam lapar sangat je. Tapi memang lapar. Sepinggan penuh. Sampai sekarang aku tak percaya, aku makan banyak betul. Petua orang tua, tak boleh tambah bila makan time berpantang. Apa yang ada dalam pinggan, itu je yang boleh ditelan. Sebab tu ambil banyak. Hahaha.

Masa awal-awal pantang, anak aku mandi petang je sebab mak aku mandikan. So, kena tunggu petang bila mak balik kerja. Bila badan dah okay semua, aku pula mandikan, pagi sekali, petang sekali.

Biasanya, lepas makan semua, aku pun releks je lepak-lepak tengok tv, tidur. Sampailah mak aku balik petang tu siapkan Darwish mandi. Lepas tu aku makan nasi lagi. Pantang orang dulu tak elok makan nasi malam, aku pun tak tahu kenapa. Tapi kalau aku lapar, aku makan je. Air pun sikit je kalau ikut pantang, tapi aku bantai juga sebab takut sembelit.

Aku berurut lepas maghrib. Kenapa aku berurut malam dan tak waktu pagi macam orang lain? Sebabnya yang urut aku mak aku. Berurut dalm pantang ni makan masa hampir sejam lebih. Mak aku pagi pergi ngajar. Kebetulan, petang time aku bersalin tu ada juga orang lain bersalin dan minta mak aku tolong urut. Sebab tu giliran aku berurut waktu malam.

Lepas siap berurut segala, pakai bengkung. Aku tak pakai param sebab kulit tak serasi. So, sapu minyak panas je lah. Rasanya, tu je lah rutinnya kot. hari-hari sama je sampailah habis pantang 44 hari. Dulu masa dengar 44 hari rasa macam biasa je, tapi bila dah lalu sendiri, azab juga. Lama gila rasa. Tip mudah, jangan kira hari berpantang anda!


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

6 comments:

dalila said...

hikhik..
baggusnye cik somi tlg masakkan..
hebat jgk ieza pantang..
sy aritu byk yang langgar..

Nory Zoulkefle said...

bagus entry ni za...

nnt nory boleh refer time pantang, sebab mak nory dah pesan, dia dah lupa cmne nak pantangkan aku nnt...hahahah...maklumlah first time jaga anak dalam pantang...hehe

Titisan Hujan said...

best nya berurut dgn mak snd.
tahniah dh dpt bby.
lm x jenjalan kt blog

iejask said...

Salam, kenapa mandi rebusan air jambu ye? Saya tak pernah dengar. Saya dulu rebus yg bunjut dah siap tu je. Tak cek pulak daun apa yang ada kat dalam tu. Lagi satu, tq utk tips basuh rambut dengan air limau tu. Mungkin boleh praktis pantang seterusnya (yang belum tahu lagi bila :p)

Maslinda Saidin said...

info yang menarik。 Sesuai dibaca ibu2 muda sekarang。

salmiah said...

best entry nie..teringat time berpantang..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...