Tuesday, January 28, 2014

Budak 4 Bulan Berenang Kali Pertama

Assalamualaikum korang. Tajuk bukan main gempak kan. Kau jangan tak tahu, nak fikir tajuk pun boleh pitam dua tiga hari. Itu aku tak tipu. Sebab fikir tajuk je makan masa dua tiga hari, kau bayangkan kalau nak fikir entry. Dasar pemalas kau kan ieza. = . ='

Hari Ahad lepas, Darwish genap 4 bulan sehari. Kebetulannya yaya ajak datang rumah dia mandi kolam. Bila encik suami okay, aku dengan Darwish lagilah okay. First time tu nak campak Darwish ni dalam kolam mandi. Mama neves amat. Risau tak memasal fikir selamat ke tak anak aku ni. Encik suami siap cakap, "ayang jangan risau, abang pegang Darwish kuat-kuat".

Sabtu (sehari sebelum tu) sibuklah kami anak beranak mencari swimming suit untuk budak bambam ni. Pusing jusco jumpalah yang diinginkan. Less 10%, jusco buat sale. Pejam mata, bayar. Cari pelampung untuk Darwish, habis stok pula. Tak apa, lain kali kita cari lagi ye.


Maka, tiba hari dijanjikan, sampai kat rumah yaya pun dah lewat petang. Ada sama dengan kami masa tu mila dengan husband dia, nak mandi kolam sama. Tercetusnya idea nak mandi-manda ni bila kitaorang berjumpa dalam event ringkas yang belum siap taip kat draft aku tu. Next entry lah ye yang tu.

Dah kenyang makan, kami pun turun ke kolam mandi. Comel je Darwish pakai swimming suit. Malangnya, hujan gerimis. 


Para suami yang bergembira dalam kolam tu. Darwish yang pakai swimming suit satu set pun tak merasa langsung air kolam. Cuma mampu tengok dari jauh je ayah dia gelak-gelak dalam kolam dengan syafiq (husband yaya) dan mcdee (husband mila). Huhu. Next time ye sayang kita mandi.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

6 comments:

Nory Zoulkefle said...

alaaa ciannya darwish tak dapat mandii...takpe tggu baby R kuar, ade geng nak swimming2 kan...hehhe

cik mah said...

Wah...darwisH bambamnya...geram tgok...

umie shahidah said...

gituuu.... wat kan tuk blog aku jgk...


**ayahnye yg gigih nk mandi kolam..

IMaH said...

inmagt ke darwish mandi sekali. hehe..comel je dia pakai swimming suit tu

Petak Bunga said...

mak nya pun takut air..
tak pernh terfikir lg nk ajar ank berenang..

sarahhernyzar said...

ya Allah ieza... sara punya la lama x berjalan. tup tup tup anak dh 4 bulan.. tahniah.. hehehehe... sorry lama x blog walking.. busy weh.. ni baru la hegeh2 nk update.. sobs..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...