Tuesday, January 7, 2014

Senarai Barang Baby dan Mommy to be

Assalamualaikum korang. Ada yang pernah tanya kat aku, apa barang yang kena beli untuk anak first. Bagi aku yang over teruja, kalau masuk kedai jual barang baby, semua benda aku rasa perlu. Tapinya, nak buat macam mana, dompet tak cukup tebal dengan duit nak beli semua.

Sebenarnya, bila anak dah masuk 3 bulan ni, ada juga yang aku rasa tak perlu beli sepatutnya barang tu, tapi nak buat macam mana, dah beli masa anak dalam perut. Memang aku ada guna, tapi tak secara maksimum, so terasa agak membazir di situ. Kohkohkoh. Tak apa, ada rezeki lain nanti, insyaAllah. Rezeki untuk anak tu sentiasa ada.

Macam orang lain juga yang mencari list barang baby, aku pun macam tu masa mula-mula sebab tak tahu nak mula dari mana nak membelinya. Tanya mak aku, mak aku pun dah ingat-ingat lupa. List ni based on apa yang dapat aku simpulkan dari list-list yang aku cari dan juga berdasarkan keperluan aku bersalin kat hospital swasta tempat aku bersalin dan juga keperluan Darwish sepanjang berada kat nicu. Check it out. Semoga dapat membantu mommy to be yang lain.

Barang Baby

1. Berkaitan Pakaian

- Bakul baju kotor (1 unit)
- Hanger bulat (1 unit)
- Hanger klip stokin (2 unit)
- Baju lengan pendek untuk siang - baju lubang-lubang (5 pasang)
- Baju lengan panjang untuk malam (5 pasang)
- Rompers (2 pasang)
- Jumpsuit (2 pasang)
- Sarung kaki dan tangan (7 pasang)
- Topi (2 unit)
- Barut - mak dan mak mertua buat (12 unit)
- Kain lampin - (12 unit)
- Kain bedung - mak mertua buat (10 unit)

Kesimpulannya untuk perkara berkaitan pakaian baby yang aku dah beli ni, aku TAK SARANKAN sarung kaki dan tangan lebih dari 5 unit sebab kejap je baby guna. Macam Darwish, dah kena beli stokin pula. Sepatutnya beli stokin lebih lagi bagus. Melainkan kalau baby kecil. Selain tu, kalau dah ada kain bedung, tak perlu beli kain lampin. Membazir macam aku. =.='

2. Berkaitan Diapering

- Lampin pakai buang - beli paling murah saiz S (1 unit)
- Tisu basah (4 unit)
- Changging mat (1 unit)
- Penyembur air (1 unit)

Kesimpulannya, lampin pakai buang jangan beli banyak-banyak dulu sebab baby cepat besar. Darwish 2 bulan dah guna saiz M. Tisu basah pula beli banyak-banyak buat stok. Malam-malam baby banyak poo poo. Penyembur air berguna bila lambat bersihkan lampin sebab tahi melekat kat kulit.

3. Berkaitan Penjagaan Baby

- Besen mandi - kakak ipar bagi (1 unit)
- Bakul kecil untuk simpan barang mandian - dah ada masa duduk hostel (1 unit)
- Tuala mandi (3 unit)
- Cotton bud (1 unit)
- Minyak yu yi atau telon (1 unit)

Kesimpulannya, tuala mandi harus lebih. Macam aku, tuala mandi Darwish dah ada 7 sekarang ni. Bila mandi pagi, tengah siapkan dia, boleh pula dia pancut kencing. So, mandi petang harus tuala lain. Esok pagi, dah guna tuala yang ketiga. Untuk selamat, belilah lebih. Macam minyak yu yi atau telon ni, aku ada dua-dua. Kena test kat perut baby. Malangnya, dua-dua minyak ni tak sesuai untuk Darwish sebab still kembung. Jadinya, aku guna minyak yang nenek aku jual. Minyak telon aku sapu kat tapak kaki dan dada Darwish lepas mandi.

4. Berkaitan Keperluan Tidur

- Set tilam + bantal (1 unit)
- Selimut (1 unit)
- Kelambu kecil (1 unit)
- Set Baby Coat - termasuk tilam dan kelambu (1 unit)

Kesimpulannya, set tilam dan bantal tu yang senang untuk alih hulu-hilir. Macam kelambu kecil tu, bagi aku sekarang ni (bukan masa beli) ia sangat tak praktikal sebab baby sorang-sorang dalam tu. Bila lepas susukan malam-malam, agak susah nak tengok baby dalam tu. Sekarang, aku guna kelambu yang untuk satu katil king terus, mama ayah sekali masuk dalam kelambu, senang! Baby coat ni seriously macam tak guna sangat. Just guna tempat tukar lampin je sebab dalam pantang senang nak tukar lampin baby dengan berdiri. Tilam untuk baby coat ni jenis yang tebal. Bila travel, letak kat dalam kereta memang selesa Darwish tidur.

5. Lain-lain Barang Berkaitan

- Botol susu - set sehingga 2 tahun (1 unit) - review di entry lain
- Breast pump (1 unit) - review di entry lain
- Sabun basuh baju baby (1 unit)
- Berus botol baby (1 unit)
- Beg baby (1 unit)
- Set manicure (1 unit)
- Car seat - adik ipar bagi (1 unit)
- Stroller (1unit)

Kesimpulannya, barang yang berkaitan ni terpulang pada keperluan semasa korang nak guna. Macam aku, semua ni ada sebab Darwish perlukannya sepanjang di nicu dan sekarang pergi hospital follow up kesihatan, stroller digunakan. So, tak membazir bagi aku. Tapi, taklah sampai beli Quinny. Tak mampu nak membayar, mampu telan air liur je.



Barang Mommy to Be

1. Set Bersalin (1 unit) - review di entry lain
2. Kain batik
3. Stokin tebal
4. Pad
5. Nursing pad
6. Nursing bra

Kesimpulannya, untuk barang mommy to be ni yang ni perlu ada dan dipakai masa berpantang. 

Semoga ringkasan senarai barangan ni dapat membantu mommy to be yang lain.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

14 comments:

IMaH said...

tq for sharing. Imah dah beli semua barang baby & mommy. Tapi mcm awak cakap mula2 nak beli mmg blurr...imah google dekat internet baca pengalaman mommy2 lain beli barang baby. Hope xdela banyak sgt pembaziran. sebab first kan mmg bnyak tak tau. ada certain barang yg nak beli lepas baby keluar. nnti watla detail review tu k..leh wat reference.

Fizah said...

cukup lengkap senarai ni..:)

cik mah said...

Yeah...sngt berguna...hmpir lengkap dah cik mah punye..tq share..

S.n.Fariza said...

hi :)
insyaAllah dipermudahkan ye.
jaga diri.
excited kan nk tunggu bb kuar.

✿ pink velvet ✿ said...

mase i dulu, i beli yg betul2 perlu je, naseb baik semua pon guna :)

Nory Zoulkefle said...

list utk baju baby, nory dah terlebih beli...
mak nory dah bebel2, nape beli banyak2..hahahah gasakk aku..
sarung tangan pon 10 helaii,terlebih sudahh...
haa stokin nasib baik mmg beli lebih pon..

senarai mom to be, takde bengkung pon dalam senarai Za ni..
benkung tak penting ke??
nory pon tak beli bengkung lg ni...huhuhu

Sheila Salim said...

assalamualaikum za.. thanks bagi listing ni. bagus juga. takda kami ni membeli tapi bazir. in shaa Allah, sheila akan cuba ikut listing za.. heheee

puan.mila said...

betol2 time preggy semua rasa perlu beli..bila dh beranak laaa xperlu sgt rupanya..itu biasaa, keh2..dri grup gojes sini..

ISMA ILYA AHMAD PUAD said...

sangat berguna utk saya... ihihihi.. preparation mentally utk prepare barang2 ni... baru 2 bulan pregnant..

aThidEaN said...

beg baby tu sama la :)

Mizz ErMa said...

haa, sy ritu pon ada jugak terlintas nk up entry pasal nie tp asyik xsempat aje..hehe semoga dapat dijadikan panduan utk mommy-to-be diluar sana..=)

nurul husna said...

selamat berkenalan mommy...done follow u :)

http://permatahusna.blogspot.com/

__✿HARISA✿__ said...

salam dear, banyaknyer pekakas baby :) happy nampaknyer.doakan sy juga cepat bertemu jodoh. dah 24 tahun pun masih belum wedding lagi.

ALONG SURI DAHLILAH said...

kak, hbs berape semua ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...