Thursday, January 30, 2014

Toy Pertama Darwish

Assalamualaikum semua. Jauh perjalanan luas pemandangan. Dah kenapa tiba-tiba aku bagi pepatah segala. Nak dijadikan cerita, Sukan Sea kat Mynmar hari tu ada kenangannya yang tersendiri buat Darwish. Tidaklah Darwish tengok tv layan sukan tu. Apalah budak 3 bulan tahu pasal tv. Dan tidaklah juga kami suami isteri mampu bawa Darwish melancong ke oversea tu. Basi dah cerita Sukan Sea tu kan, tapi aku baru kental hati nak up entry.

Tapinya, Darwish dapat patung maskot Sukan Sea Myanmar tu dari atok dia a.k.a abah mertua aku. Abah mertua aku bertanggungjawab sebagai pengurus pasukan karate dan silalah tepuk tangan sebab pasukan karate bawa balik 7 pingat emas. Okay, bukan nak cerita pasal sukan sea tu pun sebenarnya.


Dah alang-alang abah mertua aku ke sana, dia bawa balik patung tu untuk cucu dia ni. Mula-mula Darwish macam cuak bila tengok patung tu, tapi lama-lama dia so-so je. Layan tak layan. Kadang okay, kadang buat tak tahu je. Aku guna patung ni untuk rangsang otot dan motor tangan dia. Macam yang selalu dia buat time fisio. Ada guna juga patung ni.


*psst : aku rasa sekarang ni bila ada anak asyik cerita pasal anak je kat blog kan. Mak-mak sangat. Harap korang tak bosan.
 

+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

10 comments:

nurul husna said...

Husna pun setiap entry asek nak citer pasal irfan je...hope diorg x bosan..sbb mmg seronok citer psl anak ni :)

Umi Qi said...

Waaaa bertuah yer punya ayah mertua yg uruskan karate sukan sea....7 pingat emas tuh byk betulll...tahniah...comey bear tuh hehehhe

Roha said...

bertuah adik Darwish..dapat hadiah dari atuk.. patung maskot sukan sea tuu..bukan senang nak dapat kan ieza !:)

salam perkenalan dari akak..tQ ieza sudi singgah blog akak..akak follow sini..keep in touch :)

Fifi Nadhrah said...

seronoknye dapat patung sukan sea.. aunty pinjam boleh?

salam kenal dari fifi..

Masya said...

insyaallah tak bosan.. kata mak mak kan.. mestilah hal anak hihihihi

Mila Ahmad said...

Darwishhh kita rindu awak T______T

sarahhernyzar said...

Anak sedara sara sgt gila kan soft toy... Abes semua bear che'ngah (sara la tu) dia, dia jadikan hak milik dia.. Menangis.. Hahahaha.. Berebut dgn anak menakan..

msredcheesecake said...

Sy pon selalu citer pasal anak kat blog sy...hheee... Biasalah tu bila dah masuk group mak mak ni...hheee

Marliyana Mk said...

biase laaa tuuu...excited dgn anak

hehehe.. kata mak mak kan..

::EIDA:: said...

ida tak bosan! kalau bosan ida tak baca! hahahhaha...

#rindu darwish angat!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...