Thursday, February 6, 2014

Review : Bengkung Tradisional vs Bengkung Moden

Assalamualaikum semua yang baca blog picisan ni. Meh aku nak share something kat korang yang mana-mana tengah berpantang ke, akan berpantang ke, apa-apa je lah. Yang rasa-rasa macam tetiba teringin nak pakai bengkung pun boleh. Tak salah. Meh baca meh.

Sepanjang aku berpantang, aku pakai dua jenis bengkung. Satu bengkung moden, satu bengkung tradisional. Dah kenapa aku tamak haloba sampai pakai dua jenis? Tapi aku tak lah sengal sampai pakai dua-dua dalam satu masa. Ada sebab kenapa benda ni semua jadi. Macam pasrah je kan bunyinya. = . =' Okay, kat sini PENDAPAT PERIBADI aku semata-mata, tak ada kena-mengena dengan jualan bengkung kat pasaran dan aku juga bukan model bengkung. Terima kasih. Puih !


Bengkung Moden


sumber Google

Bengkung ni terpaksa beli. Terpaksa beli okay, bukan saja-saja memang nak beli. Kira emergency case lah. Sedangkan di dasar hati paling dalam, aku dah tanamkan niat TAK NAK pakai bengkung moden masa berpantang. Sarkastik sungguh ayat kau ieza oi. Tapi, oleh kerana kes Darwish kena tahan kat nicu, terpaksalah encik suami berhempas-pulas mencari bengkung ni seorang diri, sedangkan bengkung ni rupa macam mana pun dia tak tahu. Kesian dia.

Bagi aku, bengkung moden ni sangat sesuai untuk mereka-meraka yang tak kencing dalam tempoh masa yang lama. Sebabnya, leceh tahap gaban nak membuka bengkung ni, ditambah pula ketat kat bahagian peha tu tak selesa tahap dewa. Lepas tu, dengan kau dah nak terkencing tahap hujung-hujung tak boleh tahan dah, tali lilit-lilit tu still tak longgar lagi. Pfft !

BIla nak pakai bengkung moden ni, memang orang ckp boleh pakai sorang-sorang, tapi dalam keadaan berpantang, memang susah bagi aku. Pastu siap pakai, tang perut yang buncit tu tak cukup fit nak tampung lemak-lemak yang terbonjol kiri kanan. Ishh, hodoh aku tengok. Hahaha.


Bengkung Tradisional (Bengkung Lilit Jawa)


sumber Google

Bengkung ni jenis yang panjang gila tu, lepas tu kalau nak pakai hujung dia kena ikat dengan tiang tingkap ke, tiang rumah ke, mana-manalah ikut yang senang. Lepas tu, kau lilit, pusing-pusing dan siap. Hah, yang ni aku nak bagitahu, memang fit gila dan puas hati plus selesa. Memang nampak macam susah nak pakai, tapi bila dah hari-hari kau pusing lilit dekat tiang tu, haruslah kau mahir dan taraaa 5 minit je settle. Tak percaya, kau try.

Panjang bengkung ni dalam 5 meter mak mertua aku buatkan. Bila nak pergi toilet membuang pun senang. Angkat ke atas sikit, lepas tu membuang. Settle membuang, turunkan balik bengkung, pastu kemaskan here and there, settle. 

Ini pendapat peribadi aku. Tak ada kena-mengena dengan orang lain. Kalau kau rasa, bengkung moden lagi best, terpulang. Bagi aku, asalkan berbengkung dah okay. Tapi, kalau berbengkung, tak bagi kesan positif, nak buat apa pakai ye dak? Nak tutorial? Memang tak lah. Aku dah bungkus bengkung. Tunggu baby baru? Opps, next.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

13 comments:

cik mah said...

Aaa..mama cik mah pun ada ckp...dulu die pkai siap lilit kan tiang lagi.lhehhehe...skrng ni mcm2 jenis ada kan..xtaulah mcm ne..mama ada yg jenis lama tu yg lilit2 n cik mah beli yg moden...tgok mana selesa nnti..hehehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum za, hahaha akak ipar sheila bagi pinjam bengkung dia. jenis yang moden tu. adoyaii nervous la fikir. rasa nak cari macam bengkung tradisional tu. hehe. za tahu kat mana jual?

::EIDA:: said...

ida prefer bengkung tradisional. hehehhehe.. ececece...

alysapunye said...

ira gune bengkung moden...
tak beli, tapi ex boss bagi...sebab dia dah tutup 'kilang' katanya...
hihihi..

bagus sangat bengkung nih, pakai pon kemas...
tapi ira ngelat, pakai pon 2 minggu je..
sebab rasa serabut..

nih tgh mikir, mana la ira 'simpan' bengkung tuh???
nak gune masa pantang adik baby plak...haih, betul2 tak ingat letak kat mana...

IMaH said...

baru buat entri pasal barang2 berpantang imah. sekali tengok za update pasl bengkung. imah beli yg moden style strap tu satu lagi zig zag bertali tu. xtaula mcm mana pakai nnti. hope okla..

Masya said...

alah tak merasa nak pakai bengkung dlm pantang ... x kisah yg mana janji pakaikan.. yg penting lps bersalin kurus hihihihihi ...

umie shahidah said...

anak 1st pki moden..
anak 2nd nak try pki yg tradisi punye... yg panjang tu...hehe

sarahhernyzar said...

Sara ingatkan bengkung tradisional yg bengkung gambar atas tu... Bengkung moden yang mcm korset tu... Hehehehehe... Baca entry ieza then baru tahu yg bengkung tradisional yg lilit dgn tiang... Hehehehe

Aku Penghibur said...

ohhhh macam tu rupanya ..terima kasih berkongsi ilmu tentang bengkung

Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

ieza ashaari said...

Waalaikumsalam sheila. Tak sure ada jual ke tak. Just beli kain cotton yg utk bengkung dlm 2.5 meter, potong 2, then jahit je jd panjang 5 meter. Siap. :-)

aeinna Musa said...

done follow #892

Yuslaily Yunos said...

Assalamualaikum semua ibu2 yg comey2. First picture atas tu gambar Saya, YUSLAILY YUNOS Kalau Nak lebih info dan perkongsian ilmu Nak kurus balik dan Cara berpantang. Boleh singgah kat website Kak Yus ye.. www.kilangbengkung.com

Terima kasih iezaashaari sudi share info n gambar2 kak Yus n kisah bengkung ni.. 😍 salam silaturrahim

Yuslaily Yunos said...

Assalamualaikum semua ibu2 yg comey2. First picture atas tu gambar Saya, YUSLAILY YUNOS Kalau Nak lebih info dan perkongsian ilmu Nak kurus balik dan Cara berpantang. Boleh singgah kat website Kak Yus ye.. www.kilangbengkung.com

Terima kasih iezaashaari sudi share info n gambar2 kak Yus n kisah bengkung ni.. �� salam silaturrahim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...