Thursday, March 13, 2014

Barang Baby di SACC

Assalamualaikum. Kononnya hari tu lepas dapat hadiah hari lahir dari encik suami, berazam tinggi nak update blog. Tapi entah kenapa masih ke laut mood ni. Pe pun, sebelum mulakan entry ni, marilah kita sama-sama berdoa semoga mh370 ditemui.

Kenapa SACC? Rumah aku dengan SACC ni tak adalah jauh sangat. Lebih kurang 15 minit macam tu. Selalu pergi pun taklah juga. Kadang-kadang kalau rasa perlu ke, rasa mengidam teringin nak makan laksa kat only mee, memang akan terjah. Terliur pulak teringat laksa only mee. Slurpp!

Jumaat lepas, ada expo baby kat SACC. Bukan SACC Mall ye. Niat hati nak terjah juga, tapi niat tinggal niat gitu je. Dan kebetulannya, Jumaat malam tu nak balik rumah mertua, alang-alang singgah kejap nak cari playing mat untuk si bujang Darwish ni. Dia dah pandai meniarap. Tilam dia tak cukup besar nak tampung kelebaran badan dia. (>_<)

Dulu pernah juga survey playing mat dekat jusco. Range harga dalam RM80 ke atas. Mahal, tapi nipis. Encik suami tak berkenan sangat. Dia kalau boleh nak tebal macam kat unit fisio HUKM tempat Darwish fisio tu. Kau tahu harga dia berapa? Paling murah RM700! Terus aku cakap, alang-alang tu kenapa tak terus je beli mat macam kat tempat latihan karate abah tu? Lagi tebal. (=__=‘)


Time aku pergi ni, orang tak ramai lagi kat tempat expo ni. Bawa Darwish pun tak guna stroller. Takut semak. So, dukung je. Tapi, bukan aku yang dukung. Gambar tak ada, sebab nak cepat. Pusing-pusing, baju banyak macam biasa. Then, ada promosi breastpump jenama Maxi-mum. Sebiji macam aku punya. Belum review lagi. Tunggu rajin. Pastu, mamy poko pun buat sale half price. Last-last jumpa playing mat kat belah belakang. Okay juga harga dia. Ada dua jenis, 1 side or 2 side. Harga pun beza dalam RM20 - RM30 camtu. Then ada jenis yang lipat, ads jenis yang gulung. Akhirnya decide ambil yang 1 side, yang gulung. Harga RM79. Tebal dalam 1cm gitu. Puas hati. Tengok gambar bawah ni untuk ketebalan mat.


Semalam pula, pergi SACC Mall dengan Umi. Dia nak cari blanket untuk bakal adik Dhia. Dhia tak ikut, sebab nanti ibu dia tak boleh nak shopping dengan aman. Hahaha. Mula-mula dia ajak gi Marissa Shop kot nama dia kat seksyen 20, tapi tutup. Aku teringatlah kat SACC pun ada kedai barang bby, so terjah lah. Aku cuma beli stokin dengan mainan Darwish je. Tambah koleksi. Dia dah macam bosan dengan mainan lama dia. Aku rasa mama dia yang bosan. Lol! Kalau korang nak terjah, kat tingkat 2 SACC Mall ada Anakku, Poney, apa lagi aku tak ingat. Adalah 4-5 kedai. Banyak duit sedaplah memborong. Kalau macam aku ni, cuci mata je.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

19 comments:

umie shahidah said...

muahahaha...
blog aku ntah bile plk nk update...kuang2

CikNaa said...

kalau ada anak baya2 afiq & dhia mmg better tak bawak.. sbb nanti shopping akan bertukar mengejar dia aje.. huhu..

ameris said...

sakan soping si ieza ooii...
mak2 mmg sawan kalu soping brg anak nih termasuk la akk..

Mila Ahmad said...

Tak puas tengok gambar darwish....geram gilaaa dekat ini budak...

alysapunye said...

syok aa shopping ada geng...nih asal shopping bawak laki...
laki plak jenis yg klu org mintak pendapat, dia suh beli je....dah sudahnye tak jd beli...sebabnye xboleh nk buat keputusan nk yg mana satu...huhuhu

Ym.Bundle said...

kat shah alam tu ke?

- AZIE - said...

dia dh boleh apa skrg..meniarap ke za?

Sheila Salim said...

Assalamualaikum za, wahh comelnya Darwish.. gebu betul, geram tengok. rasa nak gigit je. hihi. Marissa Shoppe tu banyak jual barang murah. kalau ke sana, baik apply kad keahlian sekali. hihi. sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

BUNDA a.k.a KN said...

Assalam,

salam ukhuwah dan salam ziarah dari bunda..

Tukang Karut said...

kalau dekat expo banyak pilihan... Aku suka pi dan beli kat expo...

❤Kamsiah❤ said...

salam kenal tuan rumah...
geram tgk baby...gebu dan comel..

humble.yat said...

kiki..samalah..semanagt nak update blog ada..tapi bz amat...
cantik tikar darwish..seronok betul nampak dia berguling2..:-P

humble.yat said...

kiki..samalah..semanagt nak update blog ada..tapi bz amat...
cantik tikar darwish..seronok betul nampak dia berguling2..:-P

Umi Qi said...

Perghhhh borong best nih...kemaruk tgk korang bergaya...cantik sgt tau...kaloh Umi Qi korang hahahha

Mr.Superman said...

seronoknya kawin,ada ank. bole cite pasal anak T_T kita ni anak tekak je. jajaja

comelnya darwish mcm walid dia :)

Mr.Superman said...

hehe..harap lama la bertahan mood nk blogging balik. :)

Masya said...

KDG BRG BABY NI ADA YG X MASUK AKAL HARGANYA.. MAHAL SUNGGUH.. MMG KENA RAJIN SERVE KLU BTL² NAK BELI.. BARULAH BERBALOI²...

ieza ashaari said...

Ye..kt shah alam.

ieza ashaari said...

Dia dh meniarap dh skrg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...