Monday, March 31, 2014

Japanese Village dan Colmar Tropical

Asslamualaikum. Okay, aku nak sambung entri yang lepas. Malas nak bagi link, scroll sendiri kalau nak tengok. Lepas je siap pack segala barang, sumbat dalam kereta, tiba-tiba pakcik aku datang kat kereta aku dan ajak naik Bukit Tinggi sebab alang-alang konvoi. Kami pun follow je.

Ohmai, aku rasa nak muntah naik situ. Jalan bengkang-bengkok. Sampai je jalan masuk tu, pelik sebab macam jammed. Mula-mula sebab rasa ramai orang nak bercuti, rupa-rupanya ada tol lah pula. Dewasa satu kepala RM12. Darwish free.

Cerita bermula di Japanese Village. Erk, aku seriously bengap sebab bawa naik stroller. Tidaklah aku tahu kat atas tu semuanya tangga. (T︵T) Aku laki bini dapat naik sampai port ikan koi. Penat sebab mengangkut stroller. 



Lepas tu, aku, encik suami dengan Darwish turun semula dan tunggu yang lain kat tempat parking kereta. Encik suami ada cakap, lain kali, kita datang sini lagi ye bila Darwih dah besar sikit. Aku dengar angguk je lah. Huhu.

Bila semua dah turun, satu lagi destinasi kami terjah, Colmar Tropical. Dari Japanese Village, on the way ke Colmar Tropical ni, Darwish bantai mentido. Dah kami laki bini risau sebab fikir nak kena bawa stroller. Macam nightmare pula. Tapi tempat tu mesra stroller, alhamdulillah.


Tidaklah besar mana tempat ni rupanya. Aku ingat besar sangat. Jalan-jalan sekitar tempat tu, ambil gambar, tengok ada persembahan tarian, then balik. 


Walaupun sekejap dan sangat penat, rasa sangat enjoy dan happy dapat luangkan masa dengan keluarga. Yang peliknya, tak teringat langsung nak ambil gambar beramai-ramai. 


Time ni tak ada monopod lagi. Kau ambil gambar aku, aku ambil gambar kau. Gitu. Last tu, minta orang tolong ambilkan gambar bertiga.




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

9 comments:

S.n.Fariza said...

best kan pergi situ?
rindu nk g sana :)

Jen Jen Areff said...

dah pergi ngan kengkawan 2012. letih gak jln masa pki heel. hihi

Mar Mansor said...

yang penting seronok dengan keluarga..

alysapunye said...

ira penah g masa awal2 kawen...ala2 honeymoon gitu...hahahaha...

aThidEaN said...

dulu gi sini time baru kawin..mmg kecik je ..tp xpegi pon japanese village tu sbb tgh pregnant tak larat nak panjat

Sheila Salim said...

Assalamualaikum za, hehe takpe next time pakai baby carrier je senang kan. Darwish membesar dengan jayanya. tengok omaknya kecik kurus je. hehe singgah menabung infiniti untuk Darwish ~~~

Masya said...

nsb baik ieza bg tau.. sy x pernah sampai huhuhuhu

::EIDA:: said...

it ok makkk.. nanti dah boleh berselfie.. monopod kan hadoo hehehhehe

Ym.Bundle said...

aku tak sampai2 lagi situ.cam best je.wooo..

tp tak sabar nk bawak anak aku pegi genting je sebenarnya..bg dia pakai baju sejuk ala2 eropah skit baru smart nak photoshoot ye dak..hehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...