Thursday, June 5, 2014

Resepi Kek Coklat Kukus yang Senang, Cepat dan Sedap

Assalamuaaikum. Kali ni aku nak kongsi resepi geng campak-campak. Senang, mudah dan yang paling penting SEDAP! Kek Coklat Kukus. Nom nom nom.


Bahan yang diperlukan :

2 cawan tepung kek blue key
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
4 biji telur
*badam hancur (optional)
*mentega

Cara membuat :

1. Campurkan semua bahan SELAIN badam hancur dan mentega
2. Gaul atau kisar sehingga sebati 
3. Sapu sedikit mentega dalam loyang
4. Campuran bahan dimasukkan ke dalam loyang
5. Tabur badam hancur ke atas adunan yang sudah dituang
6. Kukus adunan lebih kurang 45 minit atau sehingga masak

Inilah kek coklat kukus paling senang yang pernah aku buat. Sedap pun sedap. Silalah cuba dan selamat menjamu selera.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

8 comments:

Wawa Yusoff said...

senang sgt ni gini. boleh cuba :)

Julia Johari said...

Rajin ni ieza....series nampak sgt sedap....nak cuba time rajin dtg melampau2 hehhe

humble.yat said...

fuyo...tekstur kek tu pun dah nampak kerangupan kek..geram nak makan part kat atas tu...hehe

mrs kayrul said...

meriah betul badam hancur tue...mesti makan tue terasa2 gigit badam tue kan

Ismi Ana said...

Selalu suruh org buat je. Nanti nak try lah! :)

umie shahidah said...

buatkn tuk aku... hahaahah

::EIDA:: said...

ida malas buat tapi resepi mak cm simple je.. ape kate mak buat kek. then ida cairkan coklat. kita sapu atas kek. yeayyyy dapat toping cekelatt kekkekekee

Sya Mimie said...

Mudahnyaaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...