Thursday, July 3, 2014

Susu Ibu vs Susu Formula

Assalamualaikum semua. Entri kali ini mungkin sedikit sensitif, sedikit menyentuh hal-hal sulit, sedikit menyentuh hal hati dan kewibawaan seorang yang bergelar ibu, mak, mama, mommy etc TAPI percayalah, ianya hanyalah perkongsian biasa hari-hari yang selalu didengari, selalu jadi isu oleh kebanyakkan wanita yang sudah mempunyai anak kecil a.k.a bayi.

Kenapa nak cerita pasal susu ibu, susu formula segala? Al-kisah bermula masa aku dapatkan suntikan pneumococcal yang kedua untuk Darwish. Kebetulan, kami sekeluarga last and the only patient yang ada kat klinik favourite aku dari dulu tu. Kebetulan, time rehat dorang pukul 1, aku sampai dalam 11 lebih. Borak-borak dengan doktor terlajak 5 minit lebih pukul 1. Doktor ni bagus sangat bagi aku sebab dia akan consult patient sampai patient faham dan puas hati. Tak rugi bayar mahal-mahal pun.

Berkenaan dengan kisah susu ibu ni, doktor mula cerita bila tanya pasal diet Darwish. Pola pemakanan segala. Aku pun cakap aku fully breastfeed Darwish dan bagi Darwish makan puri buah plus oat buah since dia dah ada gigi. Pasal pemakanan bayi pun ada sentuh juga, tapi entry lainlah ye.

Doktor bagitahu, kebanyakkan bayi yang fully breastfeed (bukan semua), badan mereka sedang-sedang sahaja bila dah mula lasak sebab susu ibu senang dihadam. Bukan semua yang fully breastfeed badan montel ye. Banyak point, tapi yang aku boleh rumuskan, antaranya bila bayi menyusu ibu sepenuhnya sehingga umur 2 tahun, mereka kurang mendapat sakit. Gejala ni boleh dilihat bukan dalam masa terdekat, tapi masa mereka sudah mula masuk ke sekolah, bercampur dengan kanak-kanak lain. Kat situ, environment sangat mencabar tahap imunisasi. Selain tu, mereka lebih bijak. Itu yang doktor cakap. Harapan semua ibu bapa begitulah.

Aku tak nak cerita kurang lebih susu formula sebab semuanya terletak di tangan masing-masing. Masing-masing yang buat pilihan. Aku pun tak tahu sampai bila rezeki susu badan ni akan ada, tapi aku akan cuba sedaya-upaya untuk teruskan mencuba memberi.

Doktor ada cakap, 2 tahun yang sangat bernilai ni, tak akan kembali dan ramai ibu bapa yang cakap, "kalaulah boleh diulang kembali masa". Banyak yang doktor kongsikan antara alasan yang selalu ibu-ibu bagi bila tak beri susu badan. Tak sempat sebab kerja, susu tak ada, bayi serasi dengan susu formula, bayi tak pandai menyusu badan, dan banyak lagi. Seriously, pernah juga aku macam tu. Terasa down bila susu badan drop. Lagi-lagi bila datang bulan. Aku luahkan rasa tu kat doktor, kena syarahan pula. Hahaha.

Doktor cakap, kenapa orang dulu tak ada susu formula, boleh je bagi susu badan? Kerja menoreh, kerja masuk sawah bendang. Aku diam, dengar saja. Islam suruh beri susu badan kepada bayi sehingga dua tahun. Kenapa? Mesti ada sebabnya. Islam beri bantuan mencari ibu susuan. Kenapa? Mesti ada sebabnya. Aku terkesima. Ye, pernah suatu masa dulu, aku bercakap dengan encik suami tentang ibu susuan untuk Darwish kalau aku tak mampu. Alhamdulillah, Allah beri rezeki aku mampu menyusukan Darwish.

Doktor cakap lagi, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Zaman ni, ada ubat yang merangsang penghasilan susu. Rupanya ada ubat yang boleh membantu ibu-ibu di luar sana. So, jangan risau, boleh dapatkan dari doktor yang merawat anda ye. Aku pun baru tahu. Kalau tak, memang tak tahu. Lepas ni, kalau susu drop, bolehlah minta ubat dari doktor.

Ramai yang cakap kat aku, ramai sangat sampai aku dah tak terkira, "kau duduk rumah, tak kerja, bolehlah bagi full breastfeed. Tak payah nak pam kat tempat kerja". Kau rasa kalau dapat ayat macam tu? Bagi aku yang TAK KERJA ni, aku jaga anak aku 24 jam. Kau yang kerja, kau bangun pagi, siap-siap nak pergi kerja, siapkan anak hantar baby sitter, lepas tu kau pergi kerja, kau tak hadap pun anak kau sampai kau balik kerja. Jangan nak cakap tak ada masa langsung kau nak pam susu. Malas dengan rajin je. Nak dengan tak nak je. Bagi orang yang bekerja, selalu sangat tengok orang yang TAK BEKERJA kat ofis kat site pakai baju kena gosok keluar rumah pagi balik petang bulan-bulan dapat gaji ni macam orang tak ada kerja. Bagi aku yang pernah bekerja makan gaji dan jadi suri rumah, suri rumah lagi banyak kerja nak kena buat. Kau balik rumah ambil anak dari baby sitter hari dah nak gelap. Rumah kau anak kau bukan sepahkan pun. Anak kau buat sepah kat rumah orang. Anak kau kencing berak siang kat rumah orang. Paling aku hangin bila mak ayah salahkan pengasuh, cakap tak pandai jaga anak dorang kalau anak sakit ke, jatuh ke, etc. Macam kelakar, sebab kalau kau pandai kenapa kau tak jaga. Sorry aku teremo sebab asyik aku yang tak kerja ni kena blame dengan orang yang kerja. 

Ada parents doktor ni datang bawa anak kurus sangat. Bila doktor cakap, "saya risau sebenarnya tengok perkembangan anak awak ni tak follow yang sepatutnya...", mak budak ni cakap, "doktor jangan risau. Anak saya memang semua macam ni. Okay saja". Tapi doktor peliklah kenapa bawa jumpa doktor kalau semua okay. 

Doktor pun ada cakap, ada parents suka anak nampak gebu cubby segala bila minum susu formula, sebab serasi. Tapi, banyak yang parents kena tahu bila cubby kena berjaga-jaga sebab takut obesiti. Terus aku teringat dekat anak buah aku. Memang cubby gila. Kau bayangkan, umur 5 tahun, berat 33kg, perempuan. Ohmai!

Apa-apa pun, semuanya terserah kepada ibu bapa masing-masing. Bulan puasa ni lagilah sangat-sangat mencabar kekuatan aku bila fully breastfeed. Sangat mencabar sampaikan aku rasa aku lagi teruk dari adik aku yang last tu. Pukul 6 je aku dah lembik sangat, haus lapar sangat. Susu memang drop. Memang aku makan milkbooster dan supplement masa sahur dan malam untuk mantain susu badan. Aku sentiasa ingat, selagi ada demand, insyaAllah ada supply. Di mana ada usaha, di situ ada kejayaan.

Aku tak ada niat ke apa nak cakap susu ibu bagus ke tak, susu formula bagus ke tak. Aku cuma kongsikan input yang aku dapat. Masing-masing ada pilihan masing-masing.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

21 comments:

achiek anis said...

alhamdulillah anis wlupun bekerja dpt fully bf airis smpi umur 2 tahun...skg baru bg susu formula sebab airis dh 2 tahun 2 bulan dan susu anis pun dh xde sebab preggy...betul tu di mana ada kemahuan disitu ada jalan....

ecah khalili said...

Ecah pon harap bakal baby ecah nnti boleh full bf sampai 2 tahun. walaupon ecah bekerja, ecah tetap nak cuba jadi yg terbaik..beli dah pam susu..biar la orang nak cakap pe..yg penting anak dapat full bf kannn..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ieza, terasanya bila baca ni.. sheila usaha gak pam dekat ofis, bagi anak susu kita selagi cukup. susu formula tu sampingan je bila susu drop. kita tengah usaha lagi, amik macam2 jenis supplemen untuk banyakkan susu badan. semoga Allah murahkan rezeki susu badan untuk anak2 kita. in shaa Allah. thanks ieza utk entri ini...

IMaH said...

memang jadi suri rumah lagi penat dari yang bekerja. Stay 2 minggu dekat rumah dgn baby mmg boleh rasa penat dia mengalahkan orang keja dkt office. Selagi boleh susukan anak..usaha nak susu. Imah even top up Fm kalau tak cukup pun tetap jugak makan suppliment, cari milk-booster yang boleh banyakkan susu badan. Kerap pump. memang niat nak susukan anak sampai 2 tahun even xde rezeki nak exclusive breastfeeding

Nory Zoulkefle said...

nory tak mampu =(

EIKA said...

Salam...ika pon pernah bincang dengan doktor isu ni.Well doc cina lelaki tapi dia support BF,dia cakap anak dia yang BF berbeza dengan yg xBF.Apa pon selagi ada daya kita BF anak sampai 2 tahun.InsyaAllah :)

Ismi Ana said...

Huhu..no komen. Takde pengalaman. Yg penting susu ibu lebih baik utk tumbesaran anak2.

umie shahidah said...

kalau lah aku ade susu bdn yg dpt bg kt anak2 aku.. cmfirm aku mcm ko..haha... mybe jenis org jgk.. sbb aku pnh jmpe..org pertikai.. psl buah dada bsr ke kecik.. klu bsr byk susu klu kcik xde susu.. hapekah??? igt bsr kecik tu.. mnmpkkan kuantiti ke.. aduyaiii..

kdg aku pelik jgk.. knpe susu aku ckit.. wlupun aku dh try mkn itu ini..huhu.. sedih dlm ati je la.. bile tpkse bg anak susu fm...
tp its ok la.. skrg2nye ank aku msih nk mnum susu... klu xnk susu fm..susu aku plk xde...lg cmne ntah keadaan aku... huwaaaa... nanges air mata darah pun bnde xkn brubah..huhu.. ank jgk yg tpkse mnggung kelaparan..huhu.

Mar Mansor said...

nenek saya seorang bidan,,dia y urut saya..sampai dia sendiri ucapkan syukur bila susu badan saya keluar juga walaupun sikit.sikit2 pon tetap bagi..dan selebih nya FM la..
pengalaman nenek saya, nenek saya cerita ketika dia mengurut seorang doktor yang baru lepas bersalin..
doktor tu suruh maid dia bancuh susu fm je dalam botol sebab dia sedang mengurut..

Scha Nazri said...

Thanks kak bagi pendapat. bagi saya yang belum kawen ni, amatlah penting utk saya cari info berkenaan future. mana tahu membantu.

:)

eamy milea said...

Assalamualaikum ieza....huhu anak eamy malam n hari cuti je nak bf, siang hari fm kat rumah baby sitter. sebab? dia tak nak ebm. dah cuba bagi bermacam2 cara.. tapi still taknak, huhu..tapi eamy setuju sangat dengan cakap ieza, hendak seribu daya..tak nak seribu dalih..huhu.. nak cuba lagi la esok. tahnks ieza...tapi yang badan baby sedang-sedang je tu eamy sokong coz sebelum ni rase pelik kenape badan baby tak chubby..pastu nurse bagitau baby yang menyusu ibu memang tak chubby sangat.. :) ..

Mr.Superman said...

wlpn takde anak lg,tp selalu gak la menyibuk hal2 cmni :D seeloknya bg la BF. Sepupu sepapat iz yg keje semua duk pulun guna pump pastu simpan dlm peti susu tu utk anak. lg berkat katanya,khasiat pun tak dpt ditandingi ye dak. susu formula bole jgk guna,sbg tambahan. lbh2 lg utk org yg takde susu banyak. *blushing* :))

Tukang Karut said...

kalau dah 33kg... nak menyesal pun tak guna nanti...

::EIDA:: said...

lain orang lain badannya. lain orang lain input outputnya. ahrap ida dapat bg yg terbaik buat bakal anak ida. cewahh~

BIE said...

singgah blog eiza, amik pengalaman.. hehehe :)

- AZIE - said...

tahun ni, tahun kedua menyusu di bulan puasa..memg byk cabaran..cpt haus dan letih. tp insyaAllah always positif, hasilnya jgk positif..

Tea Dno said...

Alhamdulillah sampai sekarang ade lagi susu badan nk bagi pada Samirah. Bulan puasa ni nasib baik milk supply pun okay, cuma dah sampai petang tu berkeroncong la perut sebab asik kena sedut je ye dak. Huhuhuhu.

Anis said...

Salam..saya ada anak 2 orang and alhamdulillah dua2nya breastfeed..betulla anak yang breastfeed ni badan selim melim je compared dgn budak yg minum formula badan montel2..mula- mula dulu pelik jugak nape anak aku kurus2 je ni, anak orang lain semangat je..bila doctor dah explain, baru tahu..tapi alhamdulillah budak yang breastfeed ni memang susah nak sakit..even anak second ni saya breastfeed sampai umur dia nak masuk 3 tahun..well, just sharing my own experience..))

zal88 said...

sis..nk share bleh..gud info tntg bf..anak sy pun xnaik sgt badannye tp aktif

Uni Aqilah said...

saya bf anak dan plus fm juga. sejujurnya, agak penat bila kita nak pam susu di ofis. tambah2 lagi ofis yang tak nursing-mother-friendly. takde tempat yg sesuai utk mengepam, bos bising bila kita ambil masa lama sikit, plus kita kene pandai kejar masa utk cukupkan semua (lunch, pam susu, solat).

Sya Mimie said...

Mekasih share cerita ni.. Semua ibu nk bf anknya kn.. Tp klau xde rezeki nk buat mcmmna. Mcm mkcik sy bgthu niatkn dr sekarang supaya bby lhir dpt susu bdan. Apa2 bergntung pd rezeki jgk kn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...