Monday, August 11, 2014

Syawal 1435 Hijrah; 2014


Assalamualaikum semua. Salam syawal yang dah di pertengahan. Alhamdulillah, kita masih bernafas, masih diberi peluang merasa nikmat Aidilfitri. Siapa sangka, kita masih bergelak ketawa lagi kat Malaysia ni, tapi saudara kita di Gaza sedang melalui situasi yang sangat menyedihkan. Semoga saudara kita di sana sentiasa kuat dan sabar.

Raya kali ni sangat berbeza. Sama ada dari segi persiapan mahupun merayakannya. Kenapa? Sebab ini adalah Syawal pertama buat si bujang aku, Darwish. Keluarga belah encik suami pula, Darwish cucu pertama dan kebetulan tahun ini giliran kampung beliau. Havoc sangat rasanya. Untung Darwish baju melayu sampai 2 pasang. Nenek sana buatkan, nenek sini belikan. So, baju melayu raya tahun depan dah ada. Save duit ayah. Tema pun dah tertetap pula. Hihi.


Raya sakan tahun ni. 2 hari sebelum raya, kami dah balik ke Muar, Johor (kampung belah mak mertua). Malam raya pertama dah balik ke Shah Alam semula beraya dengan keluarga aku. Raya ketiga, ke Ijok, Perak pula kampung belah ayah mertua. Jumaat dah balik semula ke Shah Alam. Hasilnya anak dengan ayah demam raya. Nasib baik mama kuat. Hahaha.


Apa-apa pun, dikesempatan ni, aku sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin atas salah dan silap, terkasar bahasa, tercoret yang menggores rasa.

Layanlah gambar raya kami di raya pertama, Syawal 1435 Hijrah.









+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

10 comments:

umie shahidah said...

alohhh ensem nye darwish

ameris said...

cantik semua sedondon biru..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ieza, comel gila gambar no satu tu. ahhaha Darwish kemain salam tunduk tu. bijaknya. mesti dapat kaut duit raya banyak kan. hehehee

Ismi Ana said...

Biru sedondon. Wewitt.. Huhu..comel ngat Darwish pakai baju melayu.

✿ pink velvet ✿ said...

alolo~ comei sangat si kecik tu siap bersampin bagai :)

Myzatul FarahinSatimin said...

Comelnye anak... Hihi

Cik Nadyya said...

comelnyaaaa :)

Masya said...

darwish memeriahkan suasana lah raya tu.. geram pulak tgk dia dgn mata bulat, pipi bulat tu... hensem elok je pakai baju melayu gitu

Julia Johari said...

Suka tengok tema biru semua...cantik la...ieza anggun berjubah...omeyyy

Sya Mimie said...

Wahhh.. Cntiknya tema biru.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...