Friday, October 24, 2014

Pengisian Rohani yang Mantap

Muharram menjengahkan wajah. Cuba kenang, fikir, imbas dan muhasabah kembali 12 bulan yang lepas. Apa yang kurang? Apa yang berlubang? Apa yang ditinggal, dimain-mainkan? Banyak ke sikit? Atau terlalu banyak sampai malu nak diingat? Ke terlalu sedikit dan boleh dibanggakan? Tepuk dada tanya iman.

Makan malam hari tu tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Gamaknya macam cetusan ideologi. Sejak jadi mama ni, macam-macam ideologi yang meletus. Rajin dengan malas je nak amalkan. 

Macammana kita nak mantapkan iman? Harus buat segala yang wajib. Kalau yang wajib pun ingat tak ingat, macammana kau nak ingat yang sunat. Kan? 

Macam ni lah. Solat tu wajib, tiang agama. Sehari 5 waktu je pun nak kena solat. Kenapa ye macam susah sangat nak cukupkan solat tu? Aku selalu terfikir. Itu yg tiba-tiba Allah bagi idea kot. Kita nak jadi orang yang bagus sebab hanya syaitan yang bagus sahaja goda alim ulama. Takat orang biasa-biasa, solat nak tak nak, syaitan pun jenis ikan bilis, sebab senang makan hasutan.

Kau bayangkan solat ni makanan. Orang cakap makan untuk hidup. Cer kalau tak makan? Mungkin tak terus mati, tapi badan kau lemah. Tapi lama-lama mati kebulur ye dak. Cer transform ideologi tu kat solat. Kau tinggal solat lama sangat. Kau rasa iman kau mati ke tak? Gitulah.

Ni kira macam antara pengisian rohani vs pengisian jasmani. Cara mudah kau nak ingat. Harapnya perkongsian ini bermanfaat. Model tu macam biasa, haruslah anak sendiri. Hihi. Semoga tahun baru Islam ni kita semua cuba berubah menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik, insyaAllah. 




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

11 comments:

Nadiah Hanum Wahab said...

Good sharing...semoga kita diberkati Allah.

DYatie ABakar said...

Thanks for sharing ieza..

IK Tia said...

solat paling mudah tapi solat juga selalu dimudahkan dengan meninggalkannya. terima kasih kak sebab megingatkan. jaga hak ALLAH, ALLAH akan jaga kita :)

GOLD FINGER said...

Good for sharing ieza..tqtq

::EIDA:: said...

Tq sharing makkkk ;))

nadia mansor said...

bagus ideologi solat vs makanan tu.. kalau skip bfast pon , makan lunch jadi double..macamtu jugakla iman kita.kadang nak solat 5 waktu pon culas belaka..

nice sharing

humble.yat said...

terbaik ieza..comparative yg sgt sesuai untuk org mudah faham tentang pentingnya lima waktu solat...:-)

salam maal hijrah...

Julia Johari said...

Good job...sharing is caring kan za

Bunda a.k.a KN said...

Salam maal hijrah....
Selamat menyambut hari asyura 10Muharram..

kerusiburok said...
This comment has been removed by the author.
Fifi Nadhrah said...

Allah hu akbar.. semoga Allah tetapkan iman kite.. salam kenal dari fifi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...