Friday, May 8, 2015

Susun Atur : Bahan Memasak


Assalamualaikum. Sejak-sejak dah duduk sendiri ni, dapur adalah tempat aku berperang setiap hari, pagi, petang, siang, malam. Buka mata je dapur, dapur, dan dapur. Aku boleh sesuka hati susun atur barang-barang kat dapur ikut sedap mata aku, ikut senang tangan aku nak ambil barang untuk memasak.

Serius, perasaan emak-emak yang suka duduk kat dapur dah mula meresap masuk ke jiwa aku. Suka duduk je lah, masaknya belum tentu power. Gitu.

Sebelum aku melalut tak tentu pasal, aku nak share cara aku susun atur bahan masakan kat dapur rumah sewa aku ni. Susunan yang murah dan simple. Tak keluar bajet banyak pun. Nak membeli bekas mahal-mahal tak mampu.





Kisah di sebalik label kat setiap bekas tu agak tragik juga. Sebelum ada label ni, encik suami pernah goreng ayam bersalut gula. Tapi sedap walaupun manis. Kau rasa? Manis-manis buah kata kau. Hahaha.

Tu belum tragik sangat, ada juga yang lagi tragik bila kawan aku datang tidur rumah aku. Tak boleh blah bila kami nak buat pizza, masing-masing tak dapat beza tepung gandum dengan tepung beras siap rasa guna tangan tekstur tepung, siap bandingkan warna tepung segala. = . = ' 

Disebabkan tak nak menambah peristiwa tragik kat rumah aku ni, aku pun gigihkan diri buat label. Ada 2 3 jenis juga aku buat. Tapi tak sedar ada design yang ejaan dia salahlah, ada yang bahan tak ada label dan ada yang label bahan sampai 2 kali. 


Aku buat label, print kat kertas A4 biasa, lepas tu tampal je dengan soletip saiz besar. Settle. Tu lah cara budak kampung macam aku buat label. Nak cari kertas yang ada pelekat tu, takut kalau print guna printer biasa warna tak melekat pula. Harap membantulah bagi yang cari cara mudah nak buat label kat dapur tu ye. Mudah, murah dan jimat.

Bekas-bekas untuk bahan pun so far aku cuma beli yang tipuware untuk tepung, susu tepung dan milo. Bahan lain aku guna bekas yang aku dapat hadiah masa kahwin. Macam bekas kaca untuk bahan rempah, aku recycle dari bekas sos bolognese yang aku kumpul sebelum masuk rumah sewa.



+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

13 comments:

Allene typicalmommy said...

lin pun buat gitu... uhuhu tp guna double tape...

cik violet said...

haha. semangatnye buat label :)

sarahhernyzar said...

Sarah pn buat label.. Sonang yo.. Hikhikhik.. Guna marker pen terus.. Haha...

Jen Jen Areff said...

good idea.

Hamelia Hamid said...

kemas dan tersusun cantik, lepas ni tak de lah lagi silap ambil ye tak hihi

Hamelia Hamid said...

kemas dan tersusun cantik. lepas ni tak de dah kes tersilap ambil lagi ye tak

Nor Halimah Ahmad Ramli said...

cute buat mcm ni hehe

::EIDA:: said...

ida dedulu rajin melabel sekarang??? main hentam HAHHAHHAHHAHA

Masya said...

hahaha bab x label ni mmg haru kot kalau ade org dtg rumah jenuhlah nak bg tau .. tu belum somi lg masuk dapur bancuh air, bukan guna gula .. guna garam erkkk sabar je lah ....

gnor gnur said...

salam tuan tanah.. kak suka baca blog anda... menarik.. jemput ke blog kak yr.. tq

Cikna said...

Kemasla dapur dia, klu Cikna guna kertas sticker je tp xb'kilat la permukaan dia....;-)

Fendi Rocka said...

macma kat cafe/dapur hotel pulak

Syazwani Mohd Noh said...

Tersusun je. Kemas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...