Thursday, September 29, 2016

Ulang Tahun ke 3 Darwish

Assalamualaikum. Sempena bulan September yang tinggal sikit ni, aku cuba juga untuk update ringkas di blog. Kenapa hujung bulan September? Tak hujung tahun je? Hahaha 😅😅😅

25 September 2016, genap usia si bujang aku Muhammad Zarif Darwish 3 tahun. Lately dapat komen juga dari mereka yang baca blog aku ni tanya keadaan Darwish. Alhamdulillah, Darwish sihat walafiat, petah bercakap, dah banyak perangai. Cuma baru-baru ni, dia kena rota virus. Tu nantilah aku cerita kalau ada masa.



Selamat hari lahir yang ketiga anak mama ayah. Semoga terus sihat dan menjadi anak soleh. Budak seusia dia ni, memang melasak, tantrum. Aku bukanlah spesis mama yang sabar tahap tertinggi, tapi aku cubalah sedaya-upaya bersabar, bertahan. 

Nak pula sekarang ni aku dah berbadan dua. Ye, Darwish akan jadi abang, insyaAllah. Doakan yang terbaik ye. Trauma lagi sebenarnya, tapi rezeki Allah yang indah ni, aku terima dengan syukur yang tinggi.



Tak tahu nak cerita apa lagi. Sebab umur Darwish baru 3 tahun, bukan 13 tahun. Kang aku cakap Darwish dah pandai masak gulai, jadi viral pula. Sekarang semua benda orang nak viral. Haish.


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

8 comments:

Mila Ahmad said...

TAHNIAH darwish dah jadi abang. rezeki jangan ditolak terima dengan hati terbuka mila yakin mak boleh jadi mama terbaik. Happy belated birthday abang darwish.

mrs kayrul said...

Happy belated birthday abg darwish

Nabila Syifa said...

selamat ulang tahun Darwish

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ieza.. alhamdullilah. Taniah ye. Semoga dipermudahkan sepanjang mengandung ni. Sanah helwah darwish. Semoga membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh ye :)

humble.yat said...

salam ulangtahun darwish..wah nak jadi abang dah..
jaga diri baik baik ieza..
insya Allah semoga dipermudahkan segala urusan

Nory Zoulkefle said...

Happy Birthday Darwish....
wahhhh dah [andai masak gulaiiii...
nnt masakkan utk mama nory okey...

Azwar Syuhada said...

Happy Birthday ;)

Intan Saffyna said...

hi,saya datang follow sini
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...