Thursday, July 20, 2017

Aidilfitri 2017



Assalamualaikum. Lama dah tak bersiaran kat sini. Kalau ada pun sebab review produk, job berbayar. Dasar mata duitan. Sekarang semua benda perlukan duit ye anak-anak. Nak kencing pun kena bayar kalau toilet kat luar - . -'

Aidilfitri dah nak habis, aku macam biasa baru nak up cerita dah nak basi. Tapi tak apa, aku biasa gunakan kata-kata, "kenangan sentiasa wangi even orang cakap tak perlu ingat kenangan lama". 20 tahun akan datang, anak-anak aku pasti teruja tengok gambar raya lama-lama sampai nak buat sesi throwback acah-acah. Macam aku sendirilah teruja tengok gambar lama muka comot nauzubilah. Nasib baik aku tak nak buat throwback. Kang ada yang demam seminggu tak lalu makan. Hahaha.


Kita terus ke agenda utama senang cerita. Tahun ni, aku beraya kat rumah keluarga aku. Cerita raya tahun lepas aku tak update bukan sebab aku raya dengan mentua (mesti korang fikir aku jahat tak update sebab bukan dengan family aku). Bukan sebab tu ye kawan-kawan. Tapi sebab aku sibuk sangat -.- dengan kemalasan yang melanda, hahaha, ditambah aku macam konon-konon sorok yang aku mengandung. Bajet artis sangatkan. Disebabkan tahun lepas aku mengandung, maka tahun ni alhamdulillah, aku beraya dengan superhero-hero-hero. Superhero tu encik suami akulah. Yang hero-hero tu, ye, Darwish dah dapat adik lelaki, nama dia Muhammad Zakif Daryan. Lain tahun aku cerita pasal adik dia. Nampak, aku dah janji nak cerita, tapi tahun bila tak tahu. :P


Tahun ni tak macam tahun lain sebab nenek datang beraya kat rumah mak abah. Kiranya, rumah jadi tumpuan makcik pakcik datang nak jumpa nenek. Maka, raya pertama kitaorang dapat ambil gambar lebih power sikit dari tahun sebelum ni sebab ada masa banyak nak setting tempat. Masing-masing tak nak bergambar dalam rumah gamaknya sampai sanggup angkat kerusi bawa keluar kat pangkin abah. Gigih sangat.

Panaskan sikit-sikit sudahlah blog ni ye. Kasi start enjin je. Aku belanja gambar mana ada untuk hari raya pertama. Yang muka tak ada atas pangkin tu, semua #berayakampungmertua. Hahahaha. Tahun ni juga dah balance family mak abah sebab hari tu adik-adik aku 3 orang kawin. So, 2 pasang dengan aku kat rumah mak abah, sepasang lagi ikut suami, sama macam kakak dengan abang aku. So, fair 3-3. Ada lagi bujang dua orang. 

Keluarga Along di Melaka

Keluarga abang di Perak

Keluarga adik di Melaka

Mama dengan hero baru, Muhammad Zakif Daryan




+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

3 comments:

Nory Zoulkefle said...

Mak...nak masuk raya haji dah mak...hahaha..takpe2...meriahnya gambar raya ko..best adik beradik ramai kan...

wawa yusoff said...

alalala... sweet nya warna tema.. jambu terus heroes. hehehehe

humble.yat said...

selamat hari raya ieza....memang meriah betul pic raya kali ni hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...