Friday, September 14, 2018

Berseronok di Farm in The City Malaysia



Assalamualaikum semua. Kita jumpa lagi. Korang yang belum ada rancangan nak ke mana-mana, boleh dah tu spend masa bawa keluarga ke Farm in The City Malaysia kat Seri Kembangan, Selangor. Nak ke sana, boleh waze je. Terus sampai depan pintu masuk dia bawa. Tempat sesuai terjah untuk keluarga, lebih-lebih lagi yang ada anak umur 4 tahun ke atas. Memang menyeronokkan sangat bagi mereka. Percayalah !


Apa yang ada kat Farm in the city ni? Nak kata semua ada tu tipulah, tapi macam-macam ada. Farm in the city ni macam mini zoo. Kawasan ni (petting zoo) ladang ternakan. Seronoknya kat sini ni, banyak haiwan yang kita boleh pegang. Sebab haiwan ternakan. Dia lepas macam tu je. Bolehlah kalau kita nak beramah mesra dengan haiwan-haiwan tu. Kalau beranilah. 😌

Nak berjalan dalam kawasan Farm in the city, lepas dapat masuk, dia siap-siap bagi guide map untuk memudahkan kita berjalan dalam ni. Memudahkan juga kita nak tahu mana kawasan yang dah pergi, mana kawasan yang kita belum pergi. Baguskan? Tak adalah kita terlepas mana-mana kawasan.


Ada juga diberi jadual 'farm daily activities' macam ni. Memudahkan kita merancang masa bila dalam kawasan Farm in the city ni.


Kat sini juga, kita boleh bagi haiwan-haiwan ni makan. Makanan apa? Haa, korang jangan tak tahu, kat sini siap ada mesin jual makanan. Wow sangatkan. Tinggal masukkan duit, tekan butang pilihan, terus keluar makanan. Gitu.


Korang jangan risau kalau anak-anak nak bagi makanan tu tangan kotor ke apa ke. Kat dalam kawasan Farm in the city ni merata dia sediakan tempat basuh tangan. Sangat memudahkan pengunjung.

Antara kawasan yang ada kat Farm in the city, kawasan longkang fishing ni. Kawasan ni bagi peluang kita tangkap ikan guna sauk kecil tu. Percuma je. Tapi susah betul nak tangkap. Hahaha. Darwish siap nak termasuk dalam longkang tu. Hahahaha. Gigih sangat rasanya ajar budak tak pernah sauk ikan menyauk. Pengalaman baru buat dia. Anak-anak teruja sangat !


Lepas tu, dalam kawasan Farm in the city ni ada juga acara poney ride. Tapi masa aku sampai belum start. Dah habis round pula, hujan dah mula turun. Maka, tak dan nak bagi anak-anak join poney ride ni.


Ini pula antara haiwan yang dia lepas macam tu je dalam ni. Boleh je kalau nak pegang, nak bagi makan atau nak bergambar. Seronok tau. Darwish siap pegang ular semua tu. 





Haiwan ni siap ikut kami lagi. Adoilah mama yang seram. Ayah dengan anak-anak cool je siap usap-usap. Hahaha. Tapi memang tau, haiwan ni macam jinak sangat. Sebab dah biasa orang datang pegang selalu kot. Dia jadi mesra alam gitu. 😌


Masuk pula kawasan kura-kura yang tertua dan hampir pupus di dunia, memang buat rasa kagum. Eh, mama ayah pun kagum, apalagi anak-anak. Macam-macam soalan dorang. Kat sini bagusnya sambil ajar anak kenal haiwan, sambil dorang boleh tengok secara live depan mata haiwan tu. Siap boleh pegang. Terbaiklah.


Kat sini pun ada perkhidmatan ambil gambar. Tapi lupa nak tanya berapa harga dia. Bila habis berjalan dalam tu, kat hujung tu ada kaunter untuk ambil gambar kita. Bagus jugalah untuk yang tak sempat nak suruh orang lain ambilkan gambar satu keluarga.


Kalau korang lapar ke dahaga ke, jangan risau juga. Dalam ni ada disediakan kafe juga. Korang tinggal sediakan duit je 😂. Ada duit semua settle. Hahaha. Tapi lupa nak ambil gambar pula gambar cafe. Kalau nak beli cenderamata pun ada. Kat pintu masuk mula-mula tu ada kedai.


Berapa harga tiket masuk ke sini? Nah, aku tepek gambar. Untuk kanak-kanak pula kena ukur tinggi. Lebih 90cm kena bayar. 



Aku sarankan, kalau korang nak datang sini, pergilah pada BUKAN cuti umum. Tak adalah sesak sangat. Bolehlah korang bergambar cantik dan bermesra dengan haiwan tu lama sikit.











Daryan duduk sorang pun diam je sebab teruja mata dia tengok keliling. Dia siap tunjuk sana tunjuk sini bila nampak haiwan-haiwan tu. Langsung tak meragam sepanjang dalam Farm in the city tu. Apa tandanya tu? Farm in the city mesra kanak-kanak. Gitu. 



Apa pun, memang pengalaman yang menyeronokkan kalau bawa keluarga yang ada anak kecil terutamanya ke Farm in The City ni. Jemputlah datang ye korang. 


+ _ + terima kasih sudi baca entri aku. sila komen dan jemput datang lagi. + _ +

1 comment:

wawa yusoff said...

best kan pegi sini! anak2 wa mintak repeat sebab haritu tak dapat naik pony. orang ramai sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...